PANDEMIK Covid-19 telah memberikan impak besar dalam hampir setiap aspek kehidupan kita.

Jenama Mahsuri, jenama halal dari Malaysia, diperkenalkan sejak 1990-an ini juga tidak terkecuali.

Sinonim dengan rangkaian sos dan kicap yang memudahkan proses memasak pelbagai sajian, Mahsuri menempuhi fasa pandemik Covid-19 dengan memastikan fungsinya sebagai sahabat yang membantu di dapur tidak diabaikan.

Menurut Ketua Komersil Mahsuri Food Sdn Bhd, Mohd Jazri Bin Ikmal Hijaz pihaknya memastikan kicap dan sos Mahsuri sentiasa dekat di hati pengguna walaupun pandemik melanda.

“Kami berkerjasama dengan pengedar untuk memasti produk Mahsuri sampai ke rak-rak kedai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan pada waktu itu.

“Kami juga telah melancarkan Mahsuri Flagshipstore di Shopee bagi memudahkan pengguna tegar kami boleh mendapatkan stok secara atas talian,” katanya.

BANTU PARA IBU MEMASAK UNTUK KELUARGA

Tidak dinafikan pada fasa PKP, ibu-ibu perlu bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama perlu menyediakan sajian untuk keluarga dalam masa yang singkat.

Mahsuri adalah salah satu jenama kicap dan sos yang membantu kaum ibu yang kehabisan idea memikirkan masakan yang hendak dihidangkan. Cetusan resipi menggunakan produk Mahsuri dipelbagaikan membantu pengguna.

“PKP membuatkan semua duduk di rumah. Kami faham kaum ibu buntu dengan resipi untuk memasak.

“Pihak kami telah banyak berkerjasama dengan ‘content creator’ tempatan yang menawarkan resipi masakan harian yang mudah dan ringkas dengan pengunaan produk Mahsuri khususnya Kicap Manis Pedas Mahsuri dan Sos Tiram Mahsuri,” tuturnya mengenai inisiatif syarikat bagi memudahkan pengguna.

PROMOSI BERBALOI UNTUK PELANGGAN

Manakala dari segi promosi Mahsuri turut melancarkan kempen “Lambat Jadi Cepat Bersama Mahsuri.” Ia merupakan peraduan khas untuk pengguna tegar Mahsuri menerusi laman sosial.

Dalam pada itu, jenama itu turut prihatin dan tampil dengan pelbagai promosi istimewa yang menjimatkan pengguna. Pendek kata, ia amat berbaloi untuk dimiliki.

“Ramai yang terkesan akibat PKP. Justeru pada awal tahun 2021, Mahsuri telah melancarkan Kicap Manis Pedas, Lemak Manis dan Sos Tiram Mahsuri pada harga mampu milik iaitu RM2.20 sebotol 145ml.

“Manakala pada pertengahan 2021, Mahsuri menawarkan pek promosi istimewa iaitu percuma botol saiz kecil Kicap Manis Pedas atau Sos Tiram secara percuma dengan setiap pembelian produk laris kami iaitu Kicap Manis Pedas Mahsuri 410ml,” katanya.

MENYUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT

Dalam menyediakan produk memudahkan penyediaan hidangan buat keluarga, Mahsuri tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan bersama masyarakat.

Sejak Jun 2020 hingga Nov 2021, Mahsuri berkerjasama dengan lebih 20 badan bukan kerajaan melalui program bakul makanan atau foodbank. Antara negeri yang terlibat adalah Selangor, Kedah, Kelantan, Terrenganu, Melaka dan Sabah.

Manakala pada April 2021, Mahsuri menjalin kerjasama bersama Kelab Wanita Ikon Malaysia dan Ikhlas.com untuk melancarkan program keusahawanan burger dengan menyuntik dana permulaan untuk 10 usahawan wanita.

“Menerusi program itu, 10 usahawan wanita yang terkesan susulan penguatkuasaan PKP dibantu untuk berniaga dan Alhamdullilah setakat ini kesemuanya terus sedang berniaga sehingga kini,” kata Mohd Jazri.

Sementara itu, pada bulan Ramadan 2021, Mahsuri turut berkerjasama dengan peniaga peniaga bazaar Ramadan.

Iklan

Menerusi kolaborasi bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) para peniaga bazar Ramadan ditawarkan harga istimewa. Manakala sesi taklimat MBSJ, setiap peniaga berdaftar akan mendapat apron Mahsuri percuma.

MENGIKUTI TREND PENUHI KEPERLUAN PELANGGAN

Selain program CSR, Mahsuri turut berkolaborasi bersama media termasuk Sinar Harian sejak pertengahan 2020 dengan pelbagai program bermanfaat buat pengguna.

Mahsuri turut berkongsi video memasak melalui laman sosial Sinar Harian dan resipi untuk pembaca akhbar Sinar Harian.

“Allhamdullilah , impak kepada perniagaan kami secara keseluruhan adalah memuaskan, dan insya-ALLAH usaha sama dengan media dan Sinar Harian akan diteruskan pada masa akan datang,” kata Mohd Jazri.

Dalam menempuhi cabaran persaingan, Mahsuri turut menghasilkan produk baru dalam tempoh sukar pandemik ini. Justeru, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi memenuhi keperluan pengguna.

“Menerusi trend terkini dan maklumat daripada penganalisis pasararan, PKP telah menghasilkan ramai tukang masak di rumah.

“Oleh itu kami akan bercadang untuk melancarkan beberapa produk sos masakan baru pada tahun 2022,” katanya.

BERSEDIA HADAPI FASA ENDEMIK

Iklan

Selepas pandemik, fasa endemik pula bakal ditempuhi. Ia bermakna kehidupan perlu diteruskan bersama-sama Covid-19 dan prosedur operasi standard seiring perkembangan semasa.

Justeru, dalam mendepani era itu, Mahsuri akan berkerjasama dengan beberapa pasaraya tempatan untuk mengadakan ‘roadshow’ di pasar raya di mana menawarkan harga istimewa dan hadiah akan ditawarkan. Tidak sekadar itu, ia adalah peluang terbaik untuk pengguna baru cuba produknya.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Sebagai jenama popular yang sudah bertapak lama di pasaran, Mahsuri menyusun strategi jangka masa panjang.

“Kami akan mengadakan kempen kesedaran kepada khalayak sasaran. Mesej utama ialah Mahsuri sebagai pengeluar kicap dan sos masakan buatan Malaysia yang dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga ingin terus membantu menjimatkan masa pengguna. Masakan harian yang lambat disediakan boleh dimasak dalam tempoh dengan singkat dengan penggunaan produk Mahsuri.

Dalam pada itu, Mahsuri turut menyasarkan objektif melancarkan pek produk yang sesuai untuk peniaga makanan, restoran dan hotel.

Mahsuri adalah produk buatan Malaysia. Justeru, ia ingin terus memberikan khidmat kepada masyarakat tempatan.