Mudahnya nak bersihkan microwave tanpa perlu sental. Guna lemon jer. Simple, berkesan & harum Semerbak!

PASTINYA ramai yang memiliki microwave di rumah.

Bagi yang suka memasak terutama untuk memanaskan makanan atau lauk-pauk, gajet dapur yang satu ini cukup berguna.

Namun, bila kali terakhir anda mencuci peralatan tersebut selepas digunakan?

 

Walaupun mungkin tidak ada sisa tumpahan atau kotoran yang banyak melekat pada ruang dalam microwave, namun anda tetap kena mencucinya.

Usah biarkan ia menjadi tempat pembiakan bakteria berkumpul.

microwave

Baca ni Mudah panaskan makanan hanya guna microwave tapi bahaya tak? Ini penjelasan ahli kimia

Oleh itu, SinarPlus nak kongsikan cara simple dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.

Tip yang mahu kami share tidak memerlukan anda menggunakan sabun pun. Hanya gunakan hirisan lemon sahaja.

Bukan sahaja tidak memakan masa yang lama, cara tersebut juga membuatkan microwave anda kembali bersih dan berbau harum.

Cara tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Salinda Sopian.

Baca lagi Cuci microwave dengan mop, pekerja digantung, pengurusan 7E mohon maaf

microwave

1. Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja.
2. Letak lemon sebiji. Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut.
3. Masukkan dalam microwave dan panaskan selama lima minit.

microwave
4. Tunggu dua minit sebelum buka pintu alat berkenaan. Ini bagi memastikan wap air tersebut tak keluar daripada microwave.
5. Lap microwave dengan kain bersih. Senang sahaja dan tak perlu sental kerak-kerak atau sisa minyak yang ada. Bau pun harum semerbak lemon tersebut.

Iklan

microwave

Senang dan cepat. Selain lemon, anda juga boleh menggunakan baking soda atau bahan penaik untuk mencuci.

Baca lagi Lelaki ini dedah susun atur dapur, alat elektrik tak sesuai letak dekat-dekat. Ini sebabnya ramai tak tahu!

Caranya seperti berikut:
Bahan-bahan
5 sudu teh baking soda
1 mangkuk air

microwave

Iklan

Cara penyediaan:
1. Campurkan bahan tadi dan masukkan dalam microwave.
2. Panaskan microwave enam minit suhu tinggi.
3. Apabila sudah berhenti keluarkan mangkuk tadi.
4. Lap dengan kain lembut dan bersih.

Selamat mencuci!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang