SUSUN atur barangan elektrik di dapur memainkan peranan penting dalam memastikan ruang nampak kemas dan teratur.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada antara barangan tersebut tidak boleh diletakkan berdekatan antara satu sama lain.

Mungkin atas faktor keselamatan diri dan kesesuaian kedudukan barangan tersebut.

Hal tersebut dikongsikan oleh pelabur hartanah, penulis dan juga penceramah, Dr Azizul Azli Ahmad.

dapur

Baca ni Lebih maskulin dengan rona hitam, putih. Lelaki ini juga hanya beli perabot, perkakas di Shopee & IKEA saja

KEDUDUKAN KURANG TEPAT?

Menurut beliau, ada bahagian dapur yang kelihatan kemas dan cantik, namun bukan itu sahaja yang diperlukan dalam sesebuah kediaman.

“Dapur bukan hanya perlu cantik tetapi boleh berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya. Pada masa sama, ruang berkenaan juga membuatkan kita selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.

“Saya jumpa foto ini tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini,” ujar beliau.

Malah katanya, mungkin itu merupakan kehendak tuan rumah.

Baca lagi  ‘Berlakon pandai & masak pun boleh. Sukanya konsep open kitchen tu.’ Shaheizy Sam tayang ruang dapur bikin ramai kagum

dapur
Sumber gambar PEXELS

“Kedudukan dryer, peti sejuk dan microwave tidak boleh selari begini. Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (microwave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (peti sejuk). Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi.

“Ini bagi memastikan udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga. Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak,” ungkap Azizul Azli lagi.

Dapur yang baik membuatkan isteri selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resipi walau ‘campak-campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.

Menerusi laman Facebooknya sebelum itu, beliau memuat naik tip reka bentuk dapur yang baik.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Sumber gambar PEXELS

TIPS REKA BENTUK DAPUR

1. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke dapur. Semakin banyak cahaya, semakin luas rasanya.

2. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.

3. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.

dapur

4. Jika tingkap tidak cukup luas mesti ada serombong asap, sekali gus dapat elak bau melekat sehingga ke kusyen dan tv.

Iklan

5. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya. Misalnya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.

6. Pilih warna neutral kerana ia akan tahan lama.

Baca ni Susun atur bilik stor ada caranya. Barulah lebih kemas, sistematik dan mudah cari barang!

dapur

7. Fahami prinsip golden triangle di dapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk. Semua itu harus dalam kedudukan yang betul bagi memudahkan kerja.

8. Pastikan kitchen top daripada kekemasan yang keras dan tahan lama. Ini kerana banyak aktiviti lasak berlaku di atas permukaan kabinet itu.

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

Iklan

dapur

Baca lagi Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

9. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, tidak perlu ada dua. Dry kitchen atau dapur kering bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan dan sebagainya. Oleh itu, kemas bagi cantik, tetap menawan lepas digunakan.

Moga bermanfaat dan cantikkan dapur kita agar isteri bangga ada suami yang sediakan dapur kerja yang baik buat keluarganya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang