SEJAK Covid-19 mula menjangkiti manusia dan meragut berjuta-juta nyawa, varian demi varian telah ditemui.

Terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)mengumumkan telah mengesan satu mutasi baharu Covid-19 varian Omicron dinamakan XE.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Rekombinan 2 varian Omicron BA.1 dan BA.2 ini menunjukkan tanda awal ia lebih mudah ditularkan daripada varian induk Omicron.

Menurut laporan South China Morning Post pada 22 Mac lalu, pihak Agensi Keselamatan Kesihatan (HSA) United Kingdom, telah mengenal pasti 637 kes membabitkan varian Omicron XE di Britain, yang menular di seluruh England dan meningkat bilangannya, sekali gus menunjukkan penyebaran dalam komuniti.

Baca juga 5 fakta IHU, varian baru dikesan di Perancis, sangat mudah berjangkit

Baca juga Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

Belum habis Covid-19, mahasiswa di China diserang Norovirus pula

Iklan

Berikut 10 fakta tentang Omicron XE:

  1. Omicron XE ialah rekombinan dua subgarisan varian Omicron, BA.1 dan BA.2, tetapi ia mempunyai tiga mutasi yang tidak terdapat dalam jujukan induknya.
  2. Varian ini mula dikesan di Britain pada 19 Januari 2022.
  3. Varian ini adalah 10% lebih mudah berjangkit berbanding BA.2.
  4. Prof Susan Hopkins berkata, varian XE sudah menunjukkan kadar pertumbuhan berubah-ubah, tetapi saintis belum dapat mengesahkan sama ada ia mempunyai kelebihan pertumbuhan sebenar.
  5. Omicron XE bukanlah satu-satunya varian rekombinan yang telah dikesan setakat ini, dengan varian rekombinan seperti “Deltacron” ( gabungan varian Omicron dan Delta ) yang telah ditemui sebelumnya.
  6. Sehingga terdapat ciri-ciri penting seperti kesan terhadap pesakit dan jangkitan dapat dikenalpasti dalam mutasi XE, ia akan terus diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Omicron.
  7. Thailand telah mengesahkan kes pertama Omicron XE pada 4 April 2022.
  8. Menurut Pakar Epidemiologi Perubatan Universiti Putra Malaysia, Malina Osman, varian Omicron semasa tiba di Malaysia dalam tempoh sebulan atau dua walaupun ketika sempadan negara ditutup.
  9. Setakat ini tiada tanda bahawa varian Omicron XE menyebabkan jangkitan teruk seperti varian Delta, tetapi pakar berpendapat bahawa risiko adalah tinggi bagi mereka yang masih belum divaksinasi atau tiada jangkitan sebelumnya.
  10. Dalam Sidang Media 5 April lalu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) mengesahkan bahawa tiada kes yang dikesan di Malaysia setakat ini.

Sumber rujukan: WHO, The Straits Times

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI