Mula simpan air, El Nino kuat dijangka Mei hingga Julai ini. 7 perkara wajib semua ambil tahu

BELUM habis musim panas membahang ini, negara dijangka bakal dilanda El Nino pula.

Kelmarin, portal tempatan melaporkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas.

Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh Mei hingga Oktober yang dipaparkan di portal Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral.

Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan keadaan neutral yang sedang berlaku itu dijangka akan memasuki fasa El Nino pada Mei hingga Julai ini dengan kebarangkalian 62 peratus.

Apa itu El Nino?

  • El Nino berasal daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud ‘anak lelaki’ dan istilah berkenaan digunakan buat pertama kali oleh nelayan di Peru sekitar tahun 1800.
  • Secara mudahnya, fenomena El Nino membabitkan perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik.
  • Ketika ia berlaku, suhu permukaan laut meningkat di bahagian timur Lautan Pasifik iaitu di perairan Columbia, Ecuador dan Peru disebabkan kemasukan arus panas dari bahagian tengah dan barat Lautan Pasifik.
  • El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan kejadian paling teruk ialah pada 1997-1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Baca juga Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah & kereta, ini yang perlu anda ambil tahu

Kredit foto: Freepik

INFO

  • Ketika El Nino melanda pada 1997-1998, cuaca panas dan kering yang melampau menyebabkan hampir 10 juta hektar hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia terbakar.
  • Puluhan ribu rakyat negara itu terpaksa menerima rawatan dan beratus kematian dilaporkan, dipercayai berpunca daripada kemerosotan kualiti udara.
  • Jerebu yang berlaku pada 1997-1998 di negara ini turut dianggap terburuk dalam sejarah negara hingga menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi asap.
  • Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di sesetengah kawasan turut mencapai paras sangat berbahaya sehingga Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, terpaksa mengisytiharkan darurat.
  • Dalam tempoh Ogos hingga Oktober 1997, jerebu menyebabkan kerugian bernilai RM802 juta kepada Malaysia.

Krisis bekalan air

  • Musim kering menyebabkan penyusutan air ketara di kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam disebabkan kadar sejatan yang tinggi dan tiada hujan.
  • Pengalaman ketika El Nino melanda pada 1997-1998 cukup memeritkan, terutama bagi penduduk di Lembah Klang apabila kira-kira 1.8 juta orang terpaksa berdepan dengan catuan air selama enam bulan.
  • Pada 1998, sebanyak 4.2 juta pengguna di Lembah Klang terpaksa berkongsi 2,553 juta liter sehari tetapi kali ini, lebih 7.1 juta pengguna berkongsi 4,367 juta liter sehari.

Baca juga Cuaca panas membahang, ini 10 jenis makanan yang boleh ‘coolkan’ badan

Simpan air secukupnya! Gangguan air 68 jam di Selangor dan KL April ini

Persiapan yang boleh dilakukan orang ramai;

1. Simpan air

Simpan air bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti harian.

2. Elak pembakaran

Orang ramai harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan-bahan mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan.

Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

3. Minum air

Iklan

Bagi mengelakkan berlakunya strok haba ketika fenomena ini, selain banyak minum air, rakyat dinasihatkan untuk memakai pakaian berwarna terang dan ringan serta mengelakkan aktiviti fizikal.

4. Pakai pelindung matahari

Sentiasa menggunakan pelindung matahari seperti memakai pelindung matahari spektrum luas dengan SPF (Faktor Perlindungan Matahari) 15 atau lebih jika berada di luar rumah kerana selaran matahari menjejaskan keupayaan badan untuk menyejukkan diri.

5. Jangan duduk dalam kereta tidak bergerak

Tidak digalakkan meninggalkan sesiapapun di dalam kenderaan yang tidak bergerak kerana suhu dalaman boleh meningkat lebih daripada 11 darjah Celsius dalam masa 10 minit apabila berada di bawah matahari.

6. Risiko penyakit saluran pernafasan

Iklan

Fenomena El Nino akan meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan bawaan vektor seperti denggi dan malaria, serta penyakit bawaan air dan makanan seperti tifoid dan penyakit saluran pernafasan.

7. Simpan stok makanan

Selain menyimpan air serta makanan yang sihat dan mencukupi selain memperbanyakkan berteduh di kawasan seperti pokok dan bumbung jika keluar dari rumah.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.