Nak pakai baju apa untuk terima suntikan vaksin Covid-19? Ini apa anda perlu tahu

Nak pakai baju apa untuk terima suntikan vaksin Covid-19? Ini apa anda perlu tahu
Nak pakai baju apa untuk terima suntikan vaksin Covid-19? Ini apa anda perlu tahu
A
A
A

KITA semua sedia maklum, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pendaftaran untuk vaksin Covid-19 telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera dan beberapa kaedah lain.

Selaras itu, kita kini boleh mengemukakan permohonan masing-masing dan segera mendapatkan suntikan dos pertama seperti yang telah dijadualkan.

Namun, sebelum kita pergi mendapatkan suntikan vaksin tersebut, beberapa perkara penting perlu kita ambil kira termasuk cara berpakaian.

Ya! Perkara itu kedengaran nampak remeh tetapi sangat penting bagi tujuan memudahkan urusan semasa pengambilan vaksin tau! Kenapa?

Okey cuba korang bayangkan jika kita hadir ke pusat pengambilan vaksin dengan kebaya ketat atau tudung lilit serta pin berjurai, pasti sangat sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk korang mendedahkan bahagian bahu bagi mendapat menerima vaksin. Betul tak?

Sementara itu untuk lelaki korang pula mungkin terpaksa mendedahkan dada bidang jika mengenakan kemeja lengan panjang yang ketat. Tak ke susah namanya tu!

Oleh demikian, baru-baru ini Public Health Malaysia melalui Facebook rasmi mereka turut berkongsi cara-cara berpakaian bagi memudahkan kita untuk menerima suntikan vaksin. Antaranya adalah seperti :

Untuk Lelaki dan wanita

  • Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa.
  • T shirt kemeja atau t shirt polo lengan pendek yang sesuai adalah sangat digalakkan.

Untuk wanita berhijab

  • Rancang untuk mengenakan pakaian dua lapis dengan satu pakaian longgar serta lengan pendek di bahagian dalam dan kardigan lengan panjang di bahagian luar.
  • Jangan bimbang, bilik suntikan untuk wanita adalah berasingan dengan lelaki. Aurat korang masih terjaga.

Kesan sampingan suntikan Vaksin Covid-19, ini apa yang perlu kita buatSeperti kata peribahasa Melayu, “sediakan payung sebelum hujan” jadi, korang perlulah membuat persediaan awal supaya proses untuk terima suntikan vaksin tersebut dilihat lancar dan tidak menyusahkan petugas kesihatan.

Semoga bermanfaat!

Perkara ini nampak remeh tetapi sangat penting untuk memudahkan urusan semasa pengambilan vaksin!

Bayangkan jika anda...

Posted by Public Health Malaysia on Monday, 8 March 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca