PENYIMPANAN makanan dalam peti sejuk dengan cara yang betul penting untuk :

  • Memastikan makanan tahan lebih lama
  • Memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat dimakan
  • Mengekalkan rupa dan rasa makanan
  • Mengekalkan kesedapan makanan
  • Mengekalkan kandungan nutrien

Antara bahan-bahan asas keperluan harian anda yang boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan susun atur cara yang betul adalah seperti berikut:

1. Sos

Nak simpan makanan dalam peti sejuk pun ada caranya...

Ini termasuk sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka.

Mungkin ada juga dalam kalangan kita yang suka simpan sos di luar tapi cara yang sebetulnya ialah anda kena simpan dalam peti sejuk.

Kalau anda perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis ‘refrigerate after opening’.

Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di sekeliling mulut botol dan penutup botol. Jadi simpanlah di bahagian pintu peti ais.

2. Susu

Nak simpan makanan dalam peti sejuk pun ada caranya...

Bahan asas seterusnya adalah susu. Untuk susu dalam tin tidak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti sejuk dibahagian pintu peti.

Sebelum disimpan, jauh lebih baik jika anda ‘salin’ dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup seperti plastik atau kaca.

Elakkan simpan susu bersama dengan tin-tin sekali kerana dalam peti sejuk keadaannya adalah lembap dengan oksigen yang boleh menyebabkan pengaratan pada tin.

Susu segar atau susu kotak pula perlu disimpan di bahagian dalam, jangan simpan pada bahagian pintu.

Bahagian pintu suhunya paling tidak stabil, berubah bila anda buka tutup pintu peti sejuk. Perubahan suhu yang kerap boleh menyebabkan susu cepat rosak.

3. Telur

Nak simpan makanan dalam peti sejuk pun ada caranya...

Cara menyimpan telur dengan betul ada dua cara:

a) Simpan di luar peti ais

Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab. Pertama, terdapat tarikj luput dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum yang mana telur kuning dia berada di tengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum sebelum tarikh luput)

Jangan dibasuh! Hal itu kerana pada bahagian kulit telur terdapat satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur yang mampu percepatkan telur rosak.

Simpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari dan suhu yang consistent atau suhu bilik.

b) Simpan dalam peti ais (chiller)

Jangan disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Seeloknya hendaklah disimpan pada bahagian dalam peti (bahagian shelf) kerana pintu peti sejuk adalah kawasan yang mempunyai suhu yang tidak begitu stabil.

Iklan

Perubahan suhu yang ketara juga boleh menyebabkan telur cepat rosak atau busuk.

Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur atau bekas yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor dengan makanan lain dalam peti ais.

Sekali lagi diingatkan, jangan dibasuh telur itu!  Nak masak baru basuh.

4. Ubat-ubatan

Nak simpan makanan dalam peti sejuk pun ada caranya...

Ramai yang suka simpan ubat-ubatan dalam peti sejuk lagi-lagi bahagian pintu peti. Betul tak?

Untuk makluman, ubat-ubatan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk ya. Apatah lagi di bahagin pintu peti ais.

Kalau kita simpan pada bahagian pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita sebenarnya telah mempercepatkan tempoh untuk ubat tersebut rosak!

Iklan

Ini kerana ubat-ubatan cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan dan cahaya matahari.

Kita pun tahu dalam peti sejuk itu kawasannya lembap. Lagipun pada bahagian botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye!

Memadai dalam kabinet yang jauh daripada cahaya matahari dan agak dingin.

Jadi, nak simpan dekat mana? Simpan sahaja dalam kabinet atau pantry tidak kira yang dah berbuka atau belum. Ubat yang dah dibuka pun ada tarikh luput.

Penting juga bila anda dah buka penutup botol ubat untuk terus melabel pada bahagian penutup atau tempat yang mudah dirujuk supaya anda boleh rujuk atau mengira tarikh luput dengan betul dan selamat.

Jadi, sepanjang tempoh PKP ini apa kata anda kemas kini semua peti sejuk anda. Sekurang-kurangnya ada aktiviti yang bermanfaat yang boleh anda buat bagi menghilangkan bosan.

Selamat menyusun atur! #janganputusasamalaysia