CABARAN dunia hari ini sangat berbeza. Begitu juga cabaran dalam mendidik anak-anak.

Dengan pelbagai tarikan buruk di luar sana, kita ibu bapa mesti berhati-hati.

Sedikit sahaja kita terleka dalam memberikan didikan anak-anak akan beri kesan buruk kepada pembentukan peribadi mereka yang akan kekal selamanya.

Melihat kepada risiko ini dan tanggungjawab yang berat sebagai ibu bapa, kita tak ada jalan lain melainkan kembali kepada cara yang diajarkan oleh Islam dalam mendidik anak-anak kita.

Orang kata kalau mahu mengajar anak kecil jangan pernah jemu berpesan perkara yang sama walaupun terpaksa cakap beribu kali.

Justeru, menurut perkongsian doktor Taufik Razif, ini 10 perkara yang kita kena beritahu anak kita walau nampak kecil dan remeh;

1. Beritahu anak kita bahawa dirinya adalah hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan ‘mental self image’ anak kita.

Anak yang tak rasa dirinya hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa.

2. Beritahu anak kita bahawa dirinya dimiliki Penciptanya.

Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya.

3. Beritahu anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu.

Barulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi (giving mindset) daripada cuma menerima semata mata (receiving mindset).

4. Beritahu anak kita bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint:

Checkpoint 1 – Mati
Checkpoint 2 – Barzakh
Checkpoint 3 – Mahsyar
Checkpoint 4 – Mizan
Checkpoint 5 – Sirat

Dan selepas itu akan berakhir samada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan.

Nampak remeh, ini perkara wajib beritahu anak-anak bentuk peribadi

5. Beritahu anak kita bahawa al-Quran bukan cuma untuk dilagukan semata.

Al-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu ‘take action’ selepas membaca dan memahaminya.

Iklan

6. Beritahu anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada kita ibu bapa tetapi Pencipta.

Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih.

7. Beritahu anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab dan akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.

Anak yang tahu dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki ‘sense of responsibility’.

Baca juga “Tak cukup tenaga boleh ganggu fungsi otak.” Doktor kongsi tip ajar anak kecil puasa

8. Beritahu anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa.

Iklan

Bekerja, makan, tidur, bantu adik-beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.

9. Beritahu anak kita bawa nilai adik-beradik melebihi nilai segala harta benda dunia.

Anak yang tahu nilai adik-beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada.

10. Beritahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya.

Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibu bapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.

Semoga bermanfaat!