Nanas & betik paling mudah lembutkan daging, doktor ini dedah 12 kaedah ibu boleh buat
Nanas & betik paling mudah lembutkan daging, doktor ini dedah 12 kaedah ibu boleh buat
SUDAH pasti masing-masing mempunyai tip atau petua tersendiri untuk melembutkan daging yang hendak dimasak.
Ada menggunakan sudu dalam rebusan, pressure cooker, buah tomato, ketuk daging, masak secara perlahan dan sebagainya.
Semuanya untuk memasak daging agar hasilnya tidak liat. Daging kalau liat tak lalu nak makan kan.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan baru-baru ini di Facebooknya tentang cara mudah lembutkan daging mencuri perhatian ramai.
Menerusi postingnya, ada 12 kaedah semuanya yang boleh ibu-ibu praktikkan untuk melembutkan daging.
Antaranya kaedah kimia, mekanikal dan termal;
Baca juga Cara simpan & defrost daging korban, 10 tip wajib buat elak keracunan
KIMIA;
1. Air soda: bikarbonat melemahkan ikatan protein.
2. Baking soda: mengandungi bikarbonat juga.
3. Betik: enzim papain uraikan ikatan protein.
4. Nanas: enzim bromelain uraikan ikatan protein.
Baca juga Seekor lembu dagingnya berbeza, kenali 9 bahagian & cara memasaknya
MEKANIKAL
1. Buang fascia (selaput putih) pada daging. Ia liat.
2. Potong rentas urat daging. Serat akan mudah lerai.
3. Ketuk daging untuk memecahkan serat daging.
4. Potong daging nipis atau kecil supaya mudah kunyah.
Baca juga Daging lembu atau kambing, mana lebih baik?
TERMAL
1. Masak tekanan: suhu tinggi, masa singkat.
2. Reneh (braise): suhu rendah, masa lama.
3. Salai (smoke): suhu rendah, masa lama.
4. Sous vide: suhu rendah, masa lama, pek vakum.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang