Negara alami fasa Peralihan Monsun bermula 23 Mac hingga Mei ini, 6 info berkaitan

KEADAAN cuaca di negara kita yang berubah-ubah sejak akhir-akhir ini memberikan pelbagai kesan buruk termasuk bencana banjir kilat dan tanah runtuh.

Selepas bergelut pelbagai cabaran Monsun Timur Laut sejak 7 November lalu, Malaysia kini dijangka akan berhadapan fasa Peralihan Monsun bermula esok 23 Mac sehingga pertengahan Mei.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berikut info berkaitan;

1. Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Khamis ini dan berterusan hingga pertengahan Mei ini.

Baca juga Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diminta kemas kini data peribadi sebelum 31 Mac, 10 info perlu tahu

2. Ia akan menyebabkan hujan sebelah petang dan awal malam di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

3. Cuaca itu juga berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur tidak kukuh.

4. Ketika fasa peralihan monsun, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan ribut petir, lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

5. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mudah-alih myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

6. Orang ramai juga boleh hubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Baca juga Rebut peluang! Diskaun saman PDRM 60% sempena Hari Polis 20 hingga 31 Mac 2023

Iklan

hujan

Sementara itu, lakukan tujuh langkah ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini ketika ribut petir:

  • Elakkan berada di kawasan lapang.
  • Jangan berlindung atau parkir kenderaan di bawah pokok.
  • Jangan sentuh objek seperti besi, barang atau kabel elektrik.
  • Jauhi struktur yang tidak stabil dan kukuh.
  • Waspada kehadiran kepala air di kawasan air terjun atau sungai.
  • Jauhi kawasan yang mudah dinaiki air.
  • Hindari aktiviti rekreasi atau luar rumah.

3 INFO PERALIHAN MONSUN

Iklan
  1. Peralihan Monsun adalah tempoh peralihan antara dua monsun utama iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
  2. Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat pada petang hingga awal malam kerap berlaku sehingga boleh mengakibatkan kejadian banjir kilat.
  3. Peralihan monsun boleh menyebabkan terjadinya banjir kilat, tanah runtuh, belalai air atau darat serta hujan batu.

Baca juga Bila demam kanak-kanak dianggap kecemasan? 10 info ibu ayah perlu buat elak panik

Justeru, dinasihatkan semua berwaspada dan berhati-hati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.