SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai untuk golongan B40 yang dimanfaatkan oleh 8.7 juta penerima.

Dalam perkembangan terkini, Kementerian Kewangan meminta individu yang layak menerima STR agar membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini data mereka, sebelum 31 Mac ini.

Ia bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerja dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada mengemas kini sebarang perubahan maklumat masing-masing.

Baca juga: Cara mohon, kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 15 info penting wanita perlu tahu

Berikut 10 info anda perlu tahu:

1-Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendaftaran dan kemas kini data itu diperlukan susulan pembayaran STR Fasa Dua akan diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April, sebelum sambutan Aidilfitri.

2-Data berkenaan perlu dikemas kini kerana data yang dikutip tiga tahun lalu. Misalnya ada yang dulu bujang sekarang telah berkahwin, jika bujang pendapatan RM2,500 ke bawah dapat RM350 tetapi kalau mereka sudah berkahwin mereka ada beberapa kategori.

3-Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pembayaran STR bagi fasa dua diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April, sebelum sambutan Aidilftri.

Kredit foto: BERNAMA

 

4-Pembayaran STR akan dibuat secara berperingkat dengan Fasa Tiga dijangka pada Julai manakala Fasa Empat pada November.

5-Sekadar info, STR Fasa Satu telah pun selesai diagihkan pada 17 Januari lalu lepas melibatkan bayaran berjumlah RM1.67 bilion.

6-STR kali difahamkan membabitkan peruntukan terbesar pernah diberikan iaitu RM8 bilion untuk diagihkan kepada sembilan juta rakyat.

7-Sumbangan tambahan berjumlah RM600 kepada isi rumah miskin tegar yang wujud dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

8-Sumbangan tambahan ini akan diberikan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Baca juga: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka April 2023, berikut 6 info wanita perlu tahu

9-Siapakah yang perlu membuat permohonan baru STR:

i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta

ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau

Iklan

iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

10-Pemohon yang berikut perlu membuat kemas kini permohonan STR iaitu:

i. Mereka yang tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022.

ii. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.

Baca juga: 12 jenis pengeluaran KWSP dibolehkan sebelum umur 55 tahun, berikut info wanita perlu tahu

Permohonan STR boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu melalui dalam talian dan manual menerusi borang.

Iklan

Manakala permohonan secara dalam talian boleh dibuat dengan saluran berikut:
a. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.

9-Manakala -permohonan melalui borang, anda perlu mendapatkan Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi STR LHDNM; atau
b. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Baca juga: Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah keluarga pendapatan kurang RM2,500 terima hingga RM2,500, 5 info berkaitan

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi