BUKAN kaleng-kaleng tau burung ni! Seekor burung yang dikenali sebagai New Kim, hanya seekor burung merpati. Namun, siapa yang memilikinya pasti bakal bergelar jutawan jika ia berjaya dijual.

Mana tidaknya, New Kim bukanlah burung merpati biasa-biasa, kerana nilainya dilaporkan sangat mahal melebihi harga emas dan permata!

Ya! Buktinya, burung merpati baka Belgium itu dilaporkan berjaya dijual pada harga $1.6 juta euro atau bersamaan hampir RM8 juta menerusi satu sesi lelongan di Belgium, semalam.

Seorang lelaki warga China yang identitinya tidak dapat dikenal pasti semalam membayar sebanyak $1.6 juta euro (RM7.8 juta) untuk seekor burung merpati betina bernama New Kim sekali gus mencipta rekod dunia menurut kata pelelong online haiwan itu, Pigeon Paradise (PIPA).

Menurut PIPA, jualan itu mengatasi burung merpati jantan, Armando yang dijual sebanyak $1.25 juta euro (RM6.10 juta) pada tahun lalu.

Memetik laporan media tempatan, seorang peminat lumba merpati dari China meletakkan harga yang tinggi itu dalam acara yang diadakan di pusat merpati Pipa, di bandar Knesselare, dalam wilayah Flanders, yang berlangsung selama dua minggu.

Iklan

Lelaki berkenaan sebelum itu bersaing dengan seorang lagi pembida untuk memiliki burung betina berusia dua tahun tersebut.

Kali terakhir bidaan seekor burung merpati baka sama adalah tahun lalu, yang mana ia berjaya dibida pada harga $350 ribu euro (RM1.6 juta).

Iklan

Sebanyak 445 burung telah diletakkan dalam bidaan berkenaan dan jumlah keseluruhan jualan setakat ini sudah mencecah lebih $6 juta euro (RM28 juta).

Acara bidaan seumpama ini merupakan ‘lubuk wang’ buat penternak burung dan tumpuan mereka kebanyakannya ialah peminat dari China.