ODE Jee semudah ABC! Begitulah gambaran mudahnya khidmat yang ditawarkan oleh pengendali aplikasi penghantar makanan halal pertama di Malaysia, Ode Jee yang memulakan operasinya hari ini (Isnin).

Serupa seperti khidmat penghantar pesanan makanan lain, pengguna hanya perlu memilih menu yang diinginkan dan pesanan boleh dibuat melalui aplikasi yang mudah diakses hanya menggunakan telefon pintar.

Aplikasi tersebut kini sudah boleh dimuat turun menerusi platform Google Play Store dan juga Huawei Store.

Bagi pengguna Apple Store, aplikasi Ode Jee dijangka boleh dimuat turun pada minggu depan atau dalam jangka masa terdekat.

Sebagai permulaan, aplikasi penghantar makanan halal pertama di Malaysia itu akan memulakan operasi hanya di Bandaraya Johor Bahru dan kawasan sekitar.

Pengerusi Ode Jee, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata, perkhidmatan berkenaan akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya di seluruh Johor menjelang akhir bulan ini.

“Pada masa ini, hanya pemilik telefon pintar yang menggunakan sistem Android dan Huawei sahaja boleh memuat turun aplikasi Ode Jee menerusi Google Play Store serta Huawei Store.

“Pengguna IOS pula boleh memuat turun aplikasi Ode Jee menerusi Apple Store tidak lama lagi,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Menurutnya lagi, sehingga kini aplikasi Ode Jee mempunyai lebih 1,000 vendor yang menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk minuman halal dan lebih 200 penghantar makanan di Johor.

Beliau dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang ditawarkan oleh Ode Jee adalah mesra Muslim, halal dan mematuhi hukum syarak.

Tambahan pula pembelian atau tempahan produk makanan siap bungkus dan mudah sedia melalui penghantaran terus atau take away sudah menjadi fenomena malahan kebiasaan masyarakat.

Iklan

Ode Jee dijangka akan mampu bersaing dengan penyedia khidmat pengiriman makanan dalam talian sedia ada selain menjadi platform yang menghimpun peniaga Islam atau memiliki sijil halal sahaja.

Selain itu, Ode Jee turut menjalin kerjasama dengan syarikat Mars Global, Presma, OSB dan JME dalam pelbagai bidang termasuk pembekalan produk, pengukuhan vendor dan penghantar makanan.

Ode Jee juga yakin semua kerjasama tersebut mampu membuka dan memberi peluang perniagaan dan pekerjaan baharu, khususnya untuk rakyat Johor.

Iklan

Tahniah! Jom support!

ANEKDOT

Kenapa Ode Jee? Apa kelebihan Ode Jee?

  • Halal apps pertama yang diwujudkan anak Johor.
  • Sambil membeli sambil beramal.
  • 40 peratus keuntungan diwakafkan untuk Tabung Waqaf Rakyat Johor dan kepada golongan yang memerlukan.
  • 100 peratus makanan halal sahaja yang dibenarkan.
  • Selaras dengan ‘ikrar’ menjadi aplikasi penghantaran makanan halal yang pertama di Malaysia, Ode Jee menubuhkan sebuah panel syariah. Panel ini dinggotai oleh tiga tokoh agama terkenal Johor, iaitu Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr. Noh Gadut; bekas Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin dan Pengurus Tabung Wakaf Rakyat Johor, Ustaz Mior Hazwan Abd. Rani.
  • Odejee ada rider sendiri yang akan pick up makanan anda untuk dihantar kepada pelanggan.