MASALAH kenderaan, rumah atau bilik berbau memang satu perkara yang sering berlaku pada kita, bukan?

Lebih-lebih lagi kalau sudah ‘berkurun’ kita sudah tidak balik ke kediaman sendiri akibat kesibukan atau sudah lama tidak menghidupkan enjin.

Perlukah kita membeli sedozen minyak wangi untuk mengharumkan kenderaan atau kereta kita? Cara itu memang tak bijak.

Disebabkan hal begitu sering berlaku, satu jenama yang dikenali sebagai Odourly diperkenalkan dan dikatakan sebagai re-odoriser 100 peratus natural pertama di Malaysia.

Odourly dalam satu kenyataan berkata, produknya kombinasi deodoriser dan penyerap bau.

Ia direka khas untuk menangani punca (bau) dengan menyerap bau yang kurang menyenangkan sambil merembes aroma minyak pati yang menyenangkan.

Dengan kata lain, Odourly merupakan ‘span bau busuk’.

“Sedekad lamanya teknologi yang diadaptasi oleh Odourly telah digunakan dalam pengurusan sampah dan aroma di seluruh dunia kini ia tiba untuk kegunaan rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan.

“Sebilangan besar alat penghilang bau dan penyegar udara terdiri daripada gel, bahan kimia atau semburan dengan menggunakan haruman yang kuat bagi menyembunyikan bau busuk yang sedia ada. Wangian kimia yang kuat ini sering menimbulkan perasaan tidak selesa dan pening pada pengguna.

“Kami di Odourly telah menemui formula ‘bau sempurna’ berasaskan lavender, Citronella dan Australian Bush Oils,” kata jenama itu.

Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi dalam formula mereka, Odourly juga selamat digunakan berdekatan kanak-kanak dan haiwan peliharaan kesayangan.

Komponen utama Odourly adalah Attapulgite yang banyak digunakan dalam bidang perubatan bagi menggabungkan asid dan bahan toksik di dalam badan kita untuk dikumuhkan lantas menjadikan Odourly penyerap semula jadi.

 

Iklan

Penggunaan Attapulgite telah dikesan sejak 200 tahun dahulu kerana kelebihannya dalam proses rawatan pencemaran dan rawatan keracunan, sebagai agen pembersih dan juga dalam bidang kosmetologi.

“Dengan mengambil kira persekitaran, butiran Odourly adalah 100 peratus semula jadi dan terbiodegradasi.

“Pengguna boleh menaburkan Odourly di kebun mereka yang mana ia akan larut secara semulajadi. Komponen Attapulgite menjadikan Odourly sebagai perapi tanah semula jadi untuk taman dan tanaman,” kata Odourly lagi.

Jika anda seorang:
> Penggemar kepada wangi-wangian.
> Pemilik haiwan peliharaan dan/atau ibu bapa.
> Bekerja dari rumah.
> Kembali ke pejabat selepas musim PKP/PKPB/PKPD.
> Dalam perjalanan di dalam kereta.
> Menyokong produk mesra alam.
> Gemar dengan minyak pati seperti lavender.

Iklan

Maka, Odourly menjadikan ia sesuai digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, lebih-lebih lagi pada lebaran tidak lama.

Walau kita tak boleh sakan beraya dan ada had mahu ke mana-mana, kita kena pastikan rumah kita sentiasa harum ya!

Untuk maklumat lanjut, layari www.odourly.com atau ikuti Facebook (@odourly) dan Instagram (@odourly_my).