TIADA siapa yang tidak mahu nampak cantik di hari bahagian bukan?

Tentunya menjadi impian setiap bakal mempelai untuk tampil cantik dan berseri di hari perkahwinan.

Apa yang menjadi tarikan utama pengantin adalah busana yang dipakai. Pelbagai fesyen dan gaya boleh dipilih bebas, hanya tepuk dada tanya selera.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial berkenaan gambar pengantin berbusana simple yang sangat cantik.

Bukan sahaja ia menjadi bualan hangat, namun masing- masing warganet turut memasang angan-angan untuk memilikinya suatu hari nanti.

Rupa-rupanya buju kurung tradisional lengkap dengan Chiffon Keringkam bewarna biru muda itu dari butik pengantin, Teh Firdaus.

Pasangan pengantin yang menggayakan busana tersebut dikenali sebagai Arif Azmi dan Tengku Ameera dan digayakan pada hari persandingan mereka.

Hasil pemerhatian di laman sosial pengantin, hari persandingan mereka sudah sebulan yang lalu, namun busana pengantin itu menjadi tumpuan kembali setelah pihak butik Teh Firdaus memuat naiknya di media sosial.

"OMG, cantiknya baju dia" - Viral baju pengantin klasik

Artikel berkaitan: Gambar tular tidak sahih, McDonald’s tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

Rata-rata warganet memuji kecantikan busana itu, kata mereka baju tradisi selalu terbaik… elok macam pengantin berdua ni, tampak ayu dan menawan.

Iklan

Cantiknya pakai simple gini… Pretty nya baju macam ni. Nnti kahwin nak baju macam ni sangat simple.

Lawanya simple tapi kenapa aku rasa macam naik seri dia.

OMG CANTIKNYAAA BAJU DIA!

Iklan

Kemas je kan dia pakai. Takdala semak dengan labuci sana sini.

Songket, seni warisan kita… yang kian dilupai.

Jarang tau nak jumpa lelaki sekarang yang nak pakai baju Melayu Johor ni.