APLIKASI MySejahtera diperkenalkan sejak Mac 2020. Ia dibangunkan kerajaan untuk membantu dalam menguruskan wabak Cpvid-19 di negara ini.

Pengguna boleh melakukan penilaian kendiri kesihatan ke atas diri mereka dan ahli keluarga mereka, memantau kemajuan kesihatan mereka sepanjang wabak Covid-19.

Baca juga: PKPP: Apa Yang Korang Kena Tahu Fasal Applikasi ‘MySejahtera’?

Sudah banyak ‘jasa’ aplikasi ini. Melaluinya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh memantau keadaan kesihatan pengguna dan pengesanan kontak.

Ia juga merupakan saluran rasmi yang menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia yang menawarkan pendaftaran vaksinasi, pelantikan dan pengeluaran sijil digital pelalian wabak itu.

Baca juga: Muktamad! Penerima Sinovac tidak booster selepas 31 Mac, status vaksinasi bertukar tak lengkap

 

Dalam perkembangan terbaru, ciri disahkan (verifikasi) diperkenalkan bagi memastikan ia berfungsi di tahap optimum.

Berikut lima info penting tentang ciri ini:

  1. Tanda ‘Sah’ akan dipaparkan pada akaun aplikasi MySejahtera mereka yang telah mengesahkan maklumat identiti diri (MySJ) dan tarikh lahir.
  2. Akaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya.
  3. Misalnya, ada pengguna yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun.
  4. Bagi pengguna yang masih belum mendapat lencana ‘verifikasi’, klik butang verifikasi ‘Sahkan Segera’ untuk mengesahkan maklumat diri anda.

Difahamkan kemas kini aplikasi MySejahtera perlu dilakukan kepada versi terkini (1.1.8) untuk menggunakan ciri ‘verified’ ini.

Tanda verifikasi akan dapat dilihat bersebelahan nombor kad pengenalan.

Baca juga:Kontak Kasual kes positif, MySejahtera tidak lagi bertukar kuning, berikut 5 info perlu tahu

Sumber: Twitter MySejahtera

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI