INSIDEN operator kren meninggal dunia dalam kabin benar-benar menyentuh hati ramai. Pergi selamanya ketika mencari rezeki, perkongsian isterinya meraih perhatian warga maya.

‘You are the best husband in the world’

Demikian titipan isteri kepada operator kren menara, Allahyarham Afiq Danial, Ziema Hazimah yang meluahkan rasa pilu susulan pemergian suami.

Afiq ditemui tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan hadapan sebuah hotel di Persiaran KLCC, semalam. Memiliki seorang cahaya mata, Ziema menyifatkan Afiq sebagai sebagai seorang suami dan bapa yang baik.

“Daddy, you are the best husband in the world. Mummy sayang daddy.

“Pergimu ketika mencari rezeki untuk mummy dan Danda (anak mereka).

“Daddy suami yang baik tersangat baik, ramai yang sayangkan daddy. Semoga daddy ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan tinggi darjatnya,” luahnya.

Ibu muda itu turut berjanji untuk menjaga permata hati mereka, Aralyn Diandra yang baru berusia dua tahun.

Baca juga: [VIDEO] Terhayun seperti buaian, detik cemas kren gondola dipukul ribut buat warganet kecut perut

Baca juga: Asbab sebiji bola kanak-kanak terkena renjatan elektrik, melecur seluruh badan terjatuh dalam bilik jana kuasa TNB, ini kronologinya

Baca juga: Kisah sejadah selit di pinggang ketika marathon, pemergian suami jentik hati warganet

Berikut adalah kronologi insiden berkenaan yang tular di laman sosial.

1-Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mangsa dilapor mula memasuki kabin kren untuk bekerja selepas taklimat pada 8.15 pagi .

2-Penyelia keselamatan tapak binaan mendapati kren berkenaan berhenti dan bergegar pada 4.42 petang.

3-Dia cuba menghubungi mangsa melalui walkie talkie namun tiada maklum balas dan dia kemudian menaiki kren itu sebelum mendapati mangsa tidak sedarkan diri pada 4.58 petang.

4-Anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan seorang pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) naik ke kren selepas dimaklum kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.31 petang.

5-Mangsa yang berumur 27 tahun ketika kejadian sedang mengendalikan kren pada ketinggian 20 meter.

Iklan

6-Manakala Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Muhammad Fikri Mohd Zaini pula berkata, pihaknya menerusi Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 5.43 petang.

7-Setibanya pasukan bomba pada jam tujuh minit kemudian mendapati seorang lelaki berkenaan tidak sedarkan diri di dalam kabin menara kren itu.

8-Anggota bomba yang tiba pada jam 5.50 petang kemudiannya mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kabin kren sebelum kerja-kerja menurunkan mangsa dijalankan.

9-Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada jam 7.46 malam.

10-Noor Dellhan Yahaya berkata ia diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut. Pun begitu, polis menunggu laporan penuh bedah siasat dan kimia.

Iklan

Salam takziah buat keluarga Ziema Hazimah atas pemergian insan tersayang, al-Fatihah.

Sumber: Ziema Hazimah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!