HANYA asbab sebiji bola seorang kanak-kanak terkena renjatan hingga mengakibatkan melecur seluruh badan!

Video yang memaparkan kejadian itu bertebaran di laman sosial menimbulkan rasa simpati dalam kalangan warganet.

Berikut adalah kronologi kemalangan:

1-Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, kanak-kanak berkenaan bernama Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi, 12, dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di Taman Seri Bayu, Bayan Lepas, George Town, Pulau Pinang.

2-Bola berkenaan kemudian telah masuk ke dalam kawasan bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan.

3-Akibat tersentuh perkakasan elektrik, kanak-kanak berkenaan terkena renjatan dan melecur keseluruhan badan.

4-Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu masuk ke kawasan bilik jana kuasa tersebut untuk mengambil bola dan dikatakan terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik.

5-Kanak-kanak berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

6-Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Hirman Mat Rodzi berkata, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru telah dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.55 petang.

7-Bomba membuat penilaian situasi bagi memastikan tiada lagi bahaya di kawasan itu sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya.

8-TNB menerusi hantaran di laman sosial memaklumkan mengambil maklum laporan insiden percikan arka dan siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian.

9-Pihak TNB menyampaikan rasa simpati kepada mangsa dan keluarganya dan berharap menerima rawatan yang terbaik di hospital.

10-Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menularkan video kejadian bagi menghormati mangsa dan keluarga.

11-TNB mengingatkan bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan berbahaya. Orang ramai perlu mengelak dari memasuki kawasan ini tanpa kebenaran.

12-Suruhanjaya Tenaga melalui hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan  berhubung perkara itu selepas siasatan selesai dilaksanakan.

Baca juga: Kronologi menyayat hati 3 beradik sehidup semati, maut renjatan elektrik tika harung air banjir

Baca juga: 4 maut termasuk bayi akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air. Mayat mereka melekat…

Baca juga: Renjatan elektrik kerap terjadi semasa banjir, lakukan 17 perkara ini

Baca juga: 11 fakta kejadian pekerja taman tema maut, terkena renjatan elektrik

Iklan

SinarPlus ingin berkongsi tip keselamatan daripada TNB. Selain bilik jana kuasa, kawasan talian atas bervoltan tinggi seperti di bawah pencawang juga berbahaya dan berpotensi risiko renjatan elektrik.

Justeru, anda disarankan untuk tidak melakukan perkara seperti berikut:

-Jangan bawa objek panjang, memacak tiang, memancing di kolam atau tasik di bawah talian penghantaran.

-Jangan main layang-layang, dron atau memanjat apa-apa struktur menara penghantaran.

-Dilarang bercucuk tanam tanpa kebenaran, menggunakan kren atau jentera berat berhampiran talian menara penghantaran.

-Dilarang membuang, melonggok atau membakar sampah atau sisa kimia.

-Dilarang mendirikan struktur kekal atau sementara, mengorek atau menambak tanah.

Iklan

Baca juga: Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir, ini saranan Tenaga Nasional Berhad

Baca juga: Lelaki ini dedah susun atur dapur, alat elektrik tak sesuai letak dekat-dekat. Ini sebabnya ramai tak tahu!

Sumber: Bernama, TNB 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!