BERITA baik buat orang ramai yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Kini korang boleh mula membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin tersebut melalui aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan terdapat lima kaedah pendaftaran menerima vaksin tersebut iaitu menerusi aplikasi MySejahtera, laman sesawang khas (www.vaksincovid.gov.my), talian hotline, pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta serta melalui program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kita juga telah maklum, kumpulan pertama membabitkan 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang dibawa menggunakan pesawat khas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Februari lalu.

Guru dan pengamal media penerima vaksin fasa pertama Program Imunisasi Covid-19

Justeru, hari ini, melalui kemaskini terbaru, korang boleh mula buat pendaftaran namun sebelum itu, korang perlulah muat naik atau kemaskini aplikasi MySejahtera melalui platform Android atau iOS.

Ini cara daftar terima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera;

1. Pastikan sudah dikemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi 1.0.28. Pendaftaran vaksinasi Covid-19 akan dipaparkan.

2. Anda masuk ke aplikasi MySejahtera, kemudian pergi pada bahagian Home. Anda klik pada pilihan “Vaksinani Covid-19”.

3. Kemudian pilih “Vaksin untuk …”

4. Pada bahagian ‘maklumat saya’, pastikan segala maklumat korang tepat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan bagi menggunakan aplikasi MySejatera.

5. Jika sudah, klik “Sahkan”. Akhirnya tekan OK. Selesai!

6. Seterusnya, korang boleh lihat adakah tergolong dalam Fasa 1 yang akan menerima suntikan bermula Februari hingga Mac ini.

Guru dan pengamal media penerima vaksin fasa pertama Program Imunisasi Covid-19

Iklan

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Fasa 1 akan mengfokuskan kepada petugas barisan hadapan terutamanya petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Iklan

Baca juga Ada pasport vaksin Covid-19 boleh la bebas ke luar negara, ini apa yang kita perlu tahu

Walaupun rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun tergolong dalam Fasa 3 yang akan bermula pada Mei 2021 ini sehingga Februari 2022 kelak. Korang boleh mendaftar terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat!