SEBUT sahaja KFC, setiap lapisan masyarakat pasti terbayang-bayang keenakan ayam gorengnya.

Kini, KFC sedang mendirikan sebuah bangunan baru outletnya yang unik di Bukit Raja, Klang, Selangor.

Reka bentuk yang menampilkan Bucket KFC yang sangat besar dapat dilihat dari jauh menjadikannya outlet pertama konsep ‘old school’ 50-an.

Outlet KFC pertama di Bukit Raja reka bentuk 'old school' 50-an!

Menurut sejarah perkembangan KFC, Kolonel Harland Sanders menjual ayam goreng hanya di stesen minyaknya di Corbin sehingga akhirnya dia menjumpai seorang individu di Salt Lake City dan mula membuat francais di seluruh Amerika pada tahun 1952.

Lokasi francais pertama adalah di Salt Lake City, dan seperti inilah rupanya pada masa itu.

Dan sekarang, KFC membawa kembali makanan segera klasik 50-an yang dilengkapi dengan papan tanda yang lebih besar.

Menurut SevenPie, projek ini dibuat oleh pereka tempatan yang berpusat di Selangor dan apabila melihatnya orang ramai mungkin akan boleh mengunjungi outlet yang unik ini tidak lama lagi!

Iklan

Outlet KFC pertama di Bukit Raja reka bentuk 'old school' 50-an!

Outlet KFC yang unik ini juga terletak di Bukit Raja, Klang berhampiran Apartment Seruling dan Serunai, tetapi pada masa ini, tidak ada maklumat mengenai tarikh pembukaan rasmi. Cantik betul!

Iklan

Baca juga Jangan marah-marah, KKM kongsi 6 langkah mudah atasi sifat negatif tersebut

Bolehlah berkunjung di sana nanti apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti. Jangan lupa terus amalkan SOP ditetapkan.