HomeFYIEh! Apa Tu?Oyen muncul di jabatan...

Oyen muncul di jabatan kecemasan hospital ‘minta’ rawat kaki luka curi perhatian

Oyen muncul di jabatan kecemasan hospital ‘minta’ rawat kaki luka curi perhatian

SEEKOR kucing berwarna oren yang biasa digelar ‘Oyen’ muncul di unit jabatan kecemasan sebuah hospital.

Kehadirannya di situ seolah ingin meminta pertolongan dek kerana dilihat ia berjalan terhincut-hincut.

Menerusi video yang dikongsi pemilik TikTok @enoasan2, si bulus yang mengalami kecederaan itu mencuri tumpuan ramai apabila datang ke wad kecemasan Hospital Selayang seolah-olah mahu mendapatkan rawatan.

Video tersebut kini telah meraih hampir 900,000 tontonan dan ribuan komen yang rata-ratanya berasa sedih melihat keadaan itu.

Pun begitu ada antaranya terhibur serta turut memuji tindakan petugas hospital.

Berdasarkan kapsyen video berkenaan, haiwan berkenaan dikatakan ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk tangannya yang cedera sebelum dibantu petugas hospital.

Baca juga Oyen Elmina sudah tiada, hidap AIDS kucing, luka di tulang belakang buat kuman cepat merebak

“Kisah seekor kucing bernama Oyen pergi Hospital Selayang nak buat rawatan tangannya cedera (yang) tak tahu sebab apa, terbaik ‘nurse’ (jururawat) kat sini ‘sporting’ sekali, dengan haiwan pun diorang (mereka) bantu juga memberikan rawatan terbaik,” tulisnya.

Video berdurasi 47 saat itu memaparkan Oyen mengiau dan kapsyen di dalam video berkenaan menulis kucing itu seolah-olah mengadu tangannya luka dan memerlukan rawatan.

Katanya, seorang jururawat melalui kawasan itu sebelum segera membawa Oyen ke bilik rawatan dan kemudiannya tangan kucing itu dilihat sudah dibalut dengan rapi.

“Oyen selepas keluar dari bilik rawatan dan lukanya dibalut. Dah ‘settle’ (sudah selesai) lukanya dibalut barulah Oyen pergi. Terima kasih ‘nurse’ Hospital Selayang,” tulisnya.

Baca juga Ingatkan si oyen ni ambil kunci, buka pagar tapi rupanya… 

Iklan

Menjengah ruangan komen, warga maya meninggalkan pelbagai kata untuk si Oyen. Ujar mereka;

“Bunyi mmg sakit, takleh aku dengar kucing bunyi camnih….cepat tersentuh.”

“Oyen kucing terpaling bijak… get well soon ya. TQ nurse yang baik hati.”

“Moga-moga ALLAH memberkati dan merahmati yang merawat si Oyen tu.”

“Kasihannya… saya memang tidak boleh melihat kucing dalam keadaan seperti itu, mudah menangis.”

Iklan

“Kucing pun bijak, Allah gerakkan hati ‘nurse’ itu bantu makhluk lain yang perlukan bantuan. Murah rezeki yang membantu.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat...

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak...

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia...