SUSULAN Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia meramalkan banjir akan berlaku di empat buah negeri.

Empat buah negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

hujan lebat

Baca juga: Setiap rumah perlu ada ‘beg kecemasan bencana’, ini senarai barangan paling penting

Berikut fakta ramalan mengikut setiap negeri:

1. KELANTAN

Kelantan diramalkan akan menghadapi situasi banjir pada 31 Disember 2021, jam 8 malam di dua lembangan sungai iaitu:

1-Lembangan Sungai Kelantan melibatkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang.

2-Lembangan Sungai Golok pula membabitkan daerah Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang) serta kawasan-kawasan di sekitarnya yang berisiko.

2. TERENGGANU

Terengganu diramalkan akan menghadapi situasi banjir pada 31 Disember 2021, jam 8 malam, di Lembangan Sungai Besut, Lembangan Sungai Terengganu melibatkan negeri Terengganu dan kawasan sekitar yang berisiko.

Baca juga: Banjir, air deras jangan sesekali redah, 10 perkara ini penting elak kereta hanyut dibawa arus

3. PAHANG

Terengganu diramalkan akan menghadapi situasi banjir pada 1 Januari 2022 pada jam 8 pagi di lembangan-lembangan sungai seperti berikut:

-Lembangan Sungai Pahang melibatkan daerah Maran, Temerloh dan Jerantut.

-Lembangan Sungai Kuantan melibatkan daerah Kuantan (Sungai Lembing).

Iklan

-Lembangan Sungai Rompin melibatkan daerah Rompin dan kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

4. JOHOR

Johor pula dijangkakan akan mengalami situasi banjir pada 1 Januari 2022 pada jam 8 pagi di Lembangan Sungai Mersing melibatkan daerah Mersing dan kawasan-kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

Dalam pada itu, JPS menasihatkan orang ramai di kawasan-kawasan yang terlibat agar berwaspada dan peka serta sentiasa mendapatkan maklumat dan amaran berkaitan banjir di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.

 

Iklan

Diharapkan dengan amaran awal ini kita boleh menyusun strategi menghadapi kemungkinan kenaikan paras air.

Baca juga: Renjatan elektrik kerap terjadi semasa banjir, lakukan 17 perkara ini

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Jabatan Pengairan Saliran Malaysia, NADMA