Rogol 2 anak sejak 2017, seorang disahkan hamil bongkar perbuatan ‘syaitan’ ayah durjana

HARAPKAN pegar, pegar makan padi! Bapa yang sepatutnya menjadi pelindung namun dirogolnya dua anak gadis sehingga hamil.

Kejadian yang berlaku di Muar, Johor itu terbongkar setelah salah seorang anak itu sakit dan dibawa ke hospital.

Semalam, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol dua anak kandungnya yang berusia 12 dan 15 tahun di Jeram, sejak 2017.

Menurut laporan media tempatan, berikut info kejadian;

1. Suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak kira-kira tujuh tahun lalu dengan kejadian terakhir dikatakan berlaku awal bulan ini.

2. Difahamkan suspek didakwa merogol seorang mangsa sejak berusia sembilan tahun dan perbuatan berkenaan dikatakan kerap kali berlaku di rumah mereka.

3. Sepanjang tempoh berkenaan, dua beradik itu sering dijadikan hamba seks bapa mereka.

4. Mangsa tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa sehingga perbuatan bapanya itu terbongkar pada Isnin (kelmarin).

Baca juga Jangan mandi! Ini apa yang perlu anda lakukan jika dirogol

Gambar fail sekadar hiasan.

 

5. Ia selepas mangsa berusia 15 tahun mengadu sakit dada sebelum menjalani pemeriksaan di hospital.

Iklan

6. Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, hasil pemeriksaan pegawai perubatan di hospital terbabit mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil.

7. Berikutan itu satu laporan polis dibuat dan suspek ditangkap semalam (Selasa) untuk siasatan lanjut.

8. Ujarnya, suspek direman seminggu bermula semalam. Polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan.

9. Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Baca juga Kejamnya! Dirompak dan dirogol sebelum dihumban ke kebun, ini kronologi kes jenayah mengejutkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!