Pagi 1 Syawal banyak negeri alami hujan, 5 info anda perlu tahu

UMAT Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada 22 April 2023 nanti.

Aidilfitri saatnya kita berkumpul bersama keluarga tercinta. Dalam merancang aktiviti famili dan kunjung mengunjungi saudara-mara, pastinya ramai yang nak tahu ramalan cuaca pada hari tersebut.

Baca juga: Syoknya raya! PM umum tol percuma, cuti kelepasan tambahan sempena Aidilfitri ini, 7 info perlu tahu

Baca juga: Astronomi UAE jangka Aidil Fitri pada Jumaat, puasa tahun ini hanya 29 hari

Berikut ramalan cuaca pada 21 hingga 23 April 2023 yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) :

1-Pada Jumaat, 21 April 2023, MetMalaysia menjangkakan kemungkinan hujan turun pada sebelah pagi di lapan buah negeri mengalami hujan iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

2-Pada Sabtu, 22 April April 2023 pula, hujan diramalkan turun hujan pada waktu pagi di enam buah negeri di akan mengalami hujan pada waktu pagi iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sabah.

3-Pada Ahad, 23 April 2023 kebanyakan negeri diramalkan panas pada sebelah pagi.

4-Hanya Sabah diramalkan hujan sepanjang hari pada 23 April.

5-Untuk info lanjut, anda boleh memantau perkembangan cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan laman web rasmi MET Malaysia.

Iklan

Baca juga: Tular Aidil Fitri 21 April sebenarnya tidak sahih, JAKIM mohon hormat penentuan rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Oleh itu, berwaspadalah ketika menyambut Aidilfitri. Rancang perjalanan dan aktiviti sewajarnya agar momen bermakna Syawal ini dapat dinikmati bersama orang tersayang.

Iklan

Foto utama: Pixabay

Sumber: MetMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.