Syoknya raya! PM umum tol percuma, cuti kelepasan tambahan sempena Aidilfitri ini, 7 info perlu tahu

CUTI Hari Raya Aidilfitri bakal menyaksikan jutaan kenderaan memenuhi lebih raya menuju ke destinasi yang telah dirancang.

Berita baik kepada anda yang akan bergerak pulang ke kampung halaman, Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tol percuma akan diberikan selama empat hari.

Selain itu, beliau mengumumkan cuti kelepasan tambahan.

Baca juga: Elektrik punca kebakaran tertinggi, 6 perkara wajib buat sebelum tinggal rumah balik kampung

Kredit foto: Bernama

Berikut tujuh info berkaitan:

1-Pengecualian tol dinamakan Tol Rahmah percuma akan di berikan di seluruh negara akan bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat).

2-Selain itu, tol percuma juga akan dilaksanakan pada 24 April 2023 (Isnin)

3-Pelaksanaan Tol Rahmah Percuma akan melibatkan 33 lebuh raya. Ia meliputii semua kelas kenderaan.

4-Ia adalah mengurangkan kos bayaran tol rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung.

5-Kerajaan juga bersetuju memberi satu hari cuti pelepasan am tambahan sempena Aidilfitri.

6-Jika 1 Syawal jatuh pada Jumaat, Isnin 24 April 2023 diumum hari pelepasan am tambahan.

7-Jika 1 Syawal jatuh pada Sabtu, Jumaat, 21 April 2023 diumum sebagai hari pelepasan am tambahan.

Baca juga: Balik kampung elak memandu waktu-waktu ini, microsleep boleh membunuh!

PANDUAN KESELAMATAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

Polis Diraja Malaysia menyarankan tip keselamatan sebelum pulang ke kampung.

1. Maklumkan kepada balai polis terdekat mengenai maklumat diri iaitu alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.

2. Minta tolong jiran sebelah untuk tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda.

Iklan

3-. Pasang alat-alat tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.

4. Jangan tinggalkan sebarang nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.

5. Henti penghantaran akhbar dalam tempoh ketiadaan anda di rumah.

6.Sentiasa pasang lampu pada waktu malam.

7.Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah.

8.Pastikan menutup gas regulator atau kepala tong gas dan dapur sebelum meninggalkan rumah. Seeloknya buka kepala tong gas dan jangan sesekali biar injap gas terbuka untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran dan kebakaran.

Iklan

9.Bagi yang memandu jangan lupa pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan diselenggara.

10.Pastikan anda periksa keadaan tayar, brek, penghawa dingin dan keseluruhan komponen kereta agar tidak berlaku perkara tak diingini dalam perjalanan.

Baca juga: Jalan raya sesak balik kampung? Mungkin 8 cara ini boleh membantu hadap jem

Sumber: Astro Awani,  Polis Diraja Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi