Pakai dulu apa yang ada janji pergi sekolah!

Pakai dulu apa yang ada janji pergi sekolah!
Pakai dulu apa yang ada janji pergi sekolah!
A
A
A

SEPERTI apa kita semua sedia maklum, selepas dua bulan sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dijalankan sebagai usaha kerajaan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19, akhirnya Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sekolah akan mula dibuka semua bermula 1 Mac ini secara berperingkat.

Namun, keputusan itu kini telah menimbulkan banyak persoalan terutama kepada golongan ibu bapa yang mana ada dalam kalangan mereka mendakwa telah menggunakan wang simpanan dengan menyediakan kemudahan alatan pembelajaran seperti laptop dan juga tablet semata-mata tidak mahu anak tercicir dalam sesi PdPR.

Peka dengan situasi yang dialami oleh orang ramai, KPM melalui satu kenyataan berkata, murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah akan diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

Sekolah dibuka 1 Mac ini, bermula prasekolah, Tahun 1 dan 2

Menurut KKM, kebenaran itu berkuat kuasa mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.

Jelas KKM lagi, sebelum ini, mereka menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.

“Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

“Namun begitu, mengambil kira keadaan semasa, KPM memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di hari ini.

Sekolah dibuka 1 Mac ini, bermula prasekolah, Tahun 1 dan 2

Mengulas lanjut, KPM berkata, dengan kebenaran ini ia membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” tambah kenyataan itu lagi.

Jadi, kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memulakan sesi persekolahan pada 1 Mac ini diharap boleh merancang perbelanjaan dan kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak KPM.

Pakai dulu apa yang ada janji pergi sekolah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca