Pakai mask dengan selesa tanpa sakit telinga lagi. Ini kaedahnya...
BERMULA 1 Ogos lalu, pemakaian pelitup muka diwajibkan di lokasi tempat awam yang sesak seperti dalam pengangkutan awam, antaranya bas, komuter dan sebagainya. Pastinya berjam-jam kita perlu memakai pelitup muka berkenaan kan?
Kadang-kadang rasa malas betul nak pakai. Akan tetapi, ingatlah virus Covid-19 berada di mana-mana. Kita tak nampak tau!
Begitupun ramai beralasan 'malas' nak pakai pelitup tu kerana sakit telinga dek tertarik dengan getah pelitup muka sahaja.
Siapa yang alami masalah yang sama ketika memakai pelitup muka? Jangan khuatir, hari ini SinarPlus kongsikan 7 tip elak sakit telinga ketika memakai pelitup muka. Selain itu, kaedah ini dapat menghindari telinga kita daripada tercedera:
1. Pakai brooch di tudung
Kaedah ini paling mudah dengan meletakkan brooch atau pin di tudung anda. Tak susah pun, hanya letakkan brooch di kiri dan kanan tudung anda lalu sangkutlah getah pelitup muka tersebut.
2. Jahit butang pada anak tudung
Sebelum memakai pelitup muka, pastikan butang 'tersembunyi' dijahit pada anak tudung anda. Ia memudahkan anda untuk menggunakan pelitup muka dengan menggantungkannya pada kedua-dua butang tersebut. (cara yang sama seperti penggunaan brooch).
3. Ikat rambut ala-ala ponytail
Bagi mereka yang tidak bertudung dan mempunyai rambut yang panjang, anda bolehlah mencuba kaedah ini. Caranya sangatlah mudah, hanya perlu mengikat rambut seperti gaya 'ponytail' lalu sangkutkan getah pelitup muka di rambut yang telah diikat sebentar tadi.
4. Ikat rambut ala double ponytail
Sekali pandang macam comel pula. Cara berikutnya adalah anda boleh mencuba kaedah mengikat rambut gaya ala double ponytail. Selepas itu getah pelitup muka boleh disangkut seperti biasa di sebelah kiri dan kanan kepala anda.
5. Ikat guna skaf tudung
Panduan ini boleh diaplikasikan oleh mereka yang bertudung. Caranya adalah dengan mengikat getah pelitup muka pada skaf tudung anda. Ikat dengan kemas dan selesa. Seusai itu barulah pakai tudung seperti biasa.
6. Gunakan connector facemask
Rata-rata hari ini sudah banyak dijual connector facemask tersebut sama ada dijahit sendiri ataupun dibeli di kedai-kedai vendor atau melalui dalam talian sahaja. Mudah sangat!
Caranya juga sama, anda hanya perlu meletakkan connector facemask tersebut di belakang bahagian kepala lalu menyangkut getah pelitup muka. Menariknya, ia boleh dilaras mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
7. Gunakan klip kertas dan getah
Kaedah yang terakhir adalah mengikat getah pada getah pelitup muka dan menyangkutnya pula pada klip kertas. Caranya sama seperti menggunakan connector facemask tadi. Cuma cara ini lebih mesra kerana 'buatan sendiri'.
Cubalah beberapa kaedah di atas, pastinya tiada lagi masalah sakit telinga kesan getah pelitup muka. Sayangilah telinga anda.
Selamat mencuba!
Sumber dan foto: Public Health Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang