SEPERTI semua maklum, Paralimpik Tokyo 2020 akan bermula pada 24 Ogos sehingga 5 September ini.

Edisi kali ini melibatkan 22 jenis sukan dengan 539 acara sukan yang dipertandingkan di 21 venue berbeza seluruh Tokyo.

Justeru, Malaysia berjaya menyenaraikan 22 atlet dan empat daripadanya adalah wanita bagi menggalas cabaran ke peringkat tertinggi tersebut.

22 atlet Para Malaysia itu akan bertanding dalam sembilan jenis sukan di temasya Paralimpik Tokyo 2021.

Mereka juga akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seperti diumumkan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Mega D Shahriman Zaharudin, ini senarai kontinjen Malaysia dengan 22 atlet untuk sembilan jenis sukan;

Memanah

Suresh Selvatamby (Recurve Lelaki)
Wiro Anak Julin (Kompoun Lelaki)

Olahraga

Abdul Latif Bin Romly (Lompat Jauh – T20)
Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru – F20)
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m – T36)
Wong Kar Gee (Lompat Jauh – T13)
Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin (400m – T20)

Badminton

Cheah Liek Hou (Single Lelaki SU5)
Didin Bin Terasoh (Single Lelaki SH6)
Boccia
Chew Wei Lun (Mix Individual – BC1)

Paralimpik Tokyo 2020 lagi 6 hari, kini giliran 22 atlet Malaysia pula buru pingat

Berbasikal

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
Muhammad Hafiz Jamali
Zuhairie Ahmad Tarmizi
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
Nurul Suhada Zainal

Angkat Berat

Bonnie Bunyau Gustin (Lelaki 72kg)
Jong Yee Khie (Lelaki 107kg)

Renang

Iklan

Brenda Amelia Larry
Muhammad Nur Syaiful Bin Zulkefli
Jamery Anak Siga

Ping Pong

Chee Chaoming (Single – TT9)

Tenis Kerusi Roda

Abu Samah Borhan (Single Lelaki)

Iklan

Sementara itu, dalam temasya Paralimpik Rio 2016 yang lalu, Malaysia berjaya membawa tiga pingat emas dan satu pingat gangsa.

Baca juga Pilihan serendah RM1 pelbagai telefon pintar, MCMC tawar pakej khas bulan Kebangsaan

Moga kali ini, kontinjen negara kita dapat membawa lebih banyak pingat kepada negara. Malaysia boleh!

Untuk jadual penuh, korang boleh dapatkan menerusi laman web Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di olympics.com/tokyo-2020/en/paralympics/schedule/

Sumber : paralympic council