BARU-BARU ini SinarPlus ada menyiarkan artikel mengenai pengusaha pawagam seperti GSC, TGV dan MBO kini menyusul rayuan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) kepada kerajaan untuk membenarkan pembukaan semula pawagam, sejak ia ditutup Januari lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka juga juga menggesa kerajaan supaya membenarkan pawagam dibuka semula dengan menggunakan tanda pagar #reopencinemas di media sosial seperti Twitter, Instagram dan juga Facebook.

MAFE menerusi satu kenyataan mereka juga menekankan pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi, ketika perkhidmatan lain seperti spa, gim dan kasino kini sudah mula dibuka semula.

Tiket movie murah, TGV tawar harga serendah RM9 khas buat ‘kaki wayang’Sejak perlaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, pawagam di Malaysia hanya beroperasi dalam jangka masa yang singkat sepanjang satu tahun.

Artikel berkaitan : Ramai Yang Dah Hilang Kerja! Pawagam Tempatan Tak Mampu Lagi Bertahan

Situasi itu juga sekali gus menyebabkan ramai yang mula kehilangan pekerjaan, lebih 25 peratus pawagam ditutup selama-lamanya dan pengecilan operasi yang ketara untuk semua pengusaha.

Terbaharu, melalui satu posting salah sebuah pengusaha pawagam tempatan iaitu TGV Cinemas di Twitter, mereka memberi bayangan yang mana kini orang ramai kini boleh mengunjungi pawagam untuk menonton movie.

“Kerusi pasangan hanya dibenarkan bagi penonton dalam kalangan ahli keluarga dan kediaman yang sama.

“Korang yang datang sorang, secara automatik kerusi di sebelah korang akan disekat. Jadi, bolehlah nak letak popcorn.

“Jadi, yang datang berdua pula, korang mestilah dari kediaman yang sama dan dokumen yang berkaitan perlu dikemukakan sebagai bukti,” tulis mereka ringkas di Twitter.

Aduh! Lecehlah! Kenapa?

Menurut TGV, mereka juga sehingga kini masih tiada jawapan yang tepat untuk soalan itu. ‘Woman shrugging’ adalah keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan kepada pawagam.

Iklan

Hasil tinjauan SinarPlus ke akaun Twitter GCS Cinemas pula turut mendapati perkongsian yang hampir serupa.

Pihak GCS juga memuat naik posting di Twitter beserta foto gambaran kerusi yang boleh dibeli oleh pelanggan yang ingin berkunjung ke pawagam.

Iklan

“Kalau datang sorang atau dengan kawan, beli seat warna putih.

“Kalau dengan ahli keluarga dari kediaman yang sama, boleh beli seat warna pink. Dua seat kena dibeli sekali, tak boleh beli asing-asing,” menurut perkongsian tersebut.

Pawagam mula dibuka! SOP baharu bagi susunan tempat duduk di pawagamNamun, apa juga kaedah atau cara yang mereka guna pakai, SinarPlus percaya ia adalah salah satu daripada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

Diharap bersama kita patuhi kepada SOP yang telah ditetapkan!