BERITA baik buat korang pelajar seluruh negara.

Kini, Yayasan Tuanku Abdul Rahman telah membuka permohonan bagi pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian TinggiAwam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) Dalam Negara untuk memohon BantuanPelajaran Tun Abdul Razak (BPTAR) 2020.

Bantuan pelajaran ini sebenarnya diwujudkan untuk mengenang jasa AlmarhumYTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yangPertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.

BPTAR 2020 diberikan khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar atau B40 bagi membantu menampung kos sara hidup mereka semasa di IPTA/UA.

Pelajar-pelajar yang layak menerima BPTAR 2020 akan mendapat bantuan sebanyak RM300 sebulan selama 2 semester atau 10 bulan pengajian.

Penerima yang akan menerima BPTAR 2020 bagi setiap universiti adalah seramai 15 orang sahaja bagi mereka yang layak.

Permohonan untuk BPTAR 2020 telah dibuka dan akan ditutup pada 9 Disember 2020.

Syarat permohonan BPTAR;

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/UA.
  3. Pemohon datang daripada keluarga miskin tegar atau B40 dengan pendapatan keluarga RM4,849 ke bawah.
  4. Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak untuk memohon.

Cara memohon

Pelajar yang ingin memohon perlu mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:

Iklan

Alamat emel tersebut boleh dirujuk seperti di bawah.

  • Universiti Malaya – aasc@um.edu.my
  • Universiti Sains Malaysia – naziroh@usm.my / nurilanee@usm.my
  • Universiti Teknologi Malaysia – sita@utm.my
  • Universiti Kebangsaan Malaysia – kebajikanhepukm@gmail.com
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris – jhepa@upsi.edu.my
  • Universiti Teknologi Mara – upkp@uitm.edu.my

Dokumen sokongan perlu dilampirkan;

  1. Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  2. Surat pengesahan majikan ibu bapa.
  3. Dokumen lain (sekiranya ada).

Maklumat Tambahan

Iklan
  • Perlu diingatkan bahawa pelajar yang berjaya menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir semester 1 2020/2021 kepada pihak YTAR.
  • Selain itu, mereka juga dikehendaki mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2020/2021.
  • Maklumat lanjut proses ini akan disusuli dengan emel kepada pegawai yang bertanggungjawab dan pelajar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web YTAR iaitu https://www.yayasantar.org.my/.

So guys, jom mohon sekarang dan jangan lupa kongsi permohonan bantuan ini kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang sedang belajar di IPTA.

Bagi yang sedang mencari kerja boleh mohon Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) kini dibuka sehingga 30 November