PEMAKAIAN pelitup muka sudah menjadi satu kewajiban pada musim pandemik Covid-19 ini waima di Malaysia mahupun di seantero dunia.

Berdasarkan sebuah jurnal perubatan antarabangsa, trend pemakaian alat keselamatan itu dijangka berterusan meskipun vaksin Covid-19 ditemui kelak.

Melihat kepada situasi berkenaan, Karangkraf Medicare Sdn Bhd mengambil inisiatif menghasilkan pelitup muka eksklusif yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.

Karangkraf Medicare ialah anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

Pelitup muka Karangkraf lebih stail, ada ‘hygine case’ sekali
AZIZI berkata, pihaknya memastikan para pemakai yang memakai pelitup keluaran Karangkraf akan berasa selesa, bernafas dengan lebih mudah, tahan cecair dan bertindak sebagai antibakteria.

Ketua Pegawai Operasi Karangkraf Medicare, Azizi Fickry berkata, pelitup muka Karangkraf yang merupakan produk buatan Malaysia ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019.

Ujar Azizi, ujian yang dijalankan di sebuah makmal bertauliah, Eurofins Lab membuktikan bahawa pelitup muka Karangkraf mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus mencapai gred MEDICAL.

“Pihak Karangkraf Medicare juga kini sedang giat menjalankan usaha sama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi mencapai pensijilan produk spesifikasi.

“Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah memperkuatkan lagi jenama pelitup muka keluaran syarikat kami dan diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin,“ katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Pelitup muka Karangkraf lebih stail, ada 'hygine case' sekali
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub pada sidang media memperkenalkan pelitup muka produk baharu yang dihasilkan oleh Karangkraf untuk kegunaan orang ramai baru-baru ini.

Beliau menambah, kajian yang dijalankan antara lain memastikan para pemakai akan berasa selesa, bernafas dengan lebih mudah, tahan cecair dan bertindak sebagai antibakteria.

Bertambah menarik, pelitup muka Karangkraf disertakan dengan sampul kebersihan (hygiene case) yang didatangkan bersama Set Karangkraf Plus.

Iklan

Terdapat enam tema dan desain menarik yang direka khas pada sampul itu. Orang ramai boleh memilih sama ada konsep Floral, Frontliners, Classic, Musical, Geometric dan Tropical.

Pelitup muka Karangkraf didatangkan dalam dua set iaitu Set KARANGKRAF dan Set KARANGKRAF PLUS.

Set KARANGKRAF:
-Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.
-Terdapat 6 pilihan desain kotak.
-Tanpa hygiene case.

Iklan

Set KARANGKRAF PLUS:
-Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.
-Ada 6 pilihan desain kotak.
-Disertakan bersama 10 keping hygiene case. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam hygiene case yang berasingan.
-Terdapat 6 desain (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).
-Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di www.karangkrafmall.com. Orang ramai juga boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.

Jom segera dapatkan ya!

Pelitup muka Karangkraf lebih stail ada hygine case sekali
IMBAS kod QR ini untuk video lanjut mengenai pelitup muka khas Karangkraf yang elegan dan lebih stail.