KEPELBAGAIAN reka bentuk masjid dan surau sejak zaman dahulu memaparkan kehebatan idea masyarakat yang kreatif.

Bentuk masjid yang dibina mengikut adat budaya masyarakat berpandukan ajaran Islam.

Reka bentuk yang menarik mencetus minat masyarakat Islam dan bukan Islam menghayati keindahannya dari luar dan dalam rumah ibadat umat Islam yang menakjubkan.

Baca juga: Masjid jadi platform penyatuan penduduk berbilang agama di negara Eropah. Ini 5 masjid paling mahal lagi menawan

Bagi penduduk di sekitar Jalan Sungai Penchala pasti tidak akan terlepas pandang kewujudan sebuah bangunan konkrit berwarna putih kelabu yang dipenuhi dengan landskap tumbuhan hijau.

Musalla Al Abrar menjadi tumpuan ramai lantaran reka bentuk uniknya. Sepintas lalu pemandangan bangunan itu tidak ubah seperti sebuah bangunan pejabat, namun apabila menjengah ke dalam kawasan bangunan itu, ia sebenarnya adalah sebuah surau dengan struktur binaannya berbentuk kiub dan keseluruhan dinding menggunakan batu angin.

Bersama ini SinarPlus kongsikan 10 info mengenai surau yang unik ini.

1.Menurut Bernama, arkitek Hafiz Ismail, 48,  dipertanggungjawabkan membuat pelan surau itu berkata Musalla Al Abrar diinspirasikan daripada struktur bangunan suci, Kaabah yang terletak di Masjidil Haram di Makkah.

 

2.Musalla Al Abrar yang menelan kos RM3 juta itu mempunyai dua aras ruang solat yang boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan turut menempatkan ruang pejabat, tempat wuduk, tandas dan dapur.

3.Surau bertaraf masjid tersebut di bawah pentadbiran Yayasan Tawfiq siap dibina pada 2016.

4.Arkitek itu menjelaskan dari segi disiplin seni bina, ‘tropical brutalism’ diterapkan pada reka bentuk bangunan surau berkenaan yang mempunyai kelebihan dan setiap daripadanya mempunyai fungsi tertentu.

5.Menurutnya, perkataan ‘brutalism’ itu merujuk kepada penggunaan material dinding dan tiang surau yang 100 peratus berasaskan binaan konkrit yang dilepa simen tanpa semburan cat dan hanya bahagian lantai dicat.

Baca juga: Menggunakan bahan asas lumpur, Masjid Larabanga di Ghana masih teguh berdiri sejak 600 tahun lalu

Iklan

6.Sementara perkataan ‘tropical’ pula diterapkan melalui aspek landskap tumbuhan yang banyak meliputi sebahagian surau itu bagi mewujudkan persekitaran hijau yang mendamaikan, katanya.

7. Penggunaan batu blok angin pada keseluruhan dinding surau tersebut pula bertujuan mewujudkan lubang pengudaraan semula jadi sekali gus jemaah yang berada di dalamnya lebih selesa dan tenang walaupun dalam jumlah ramai.

8.Perkakasan digunakan di ruang tandas, wuduk juga tidak mahal dan mudah didapati namun dihias sebaiknya supaya ia membentuk nilai estetika dan nampak lebih menarik.

Menawan sekali konsep dan reka bentuk masjid ini. Nampak rustik namun praktikal.

Iklan

Tidak terhad kepada binaan masjid berkonsep biasa. Musalla Al Abrar tampil unik, lain dari yang lain.

Moga ia menjadi inspirasi kepada kepelbagaian rekaan seni bina masjid dan surau di negara ini.

Baca juga: Pernah diiktiraf ke-3 tercantik di dunia, Masjid Kristal bernilai RM22 juta semakin uzur, sepi

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI