BERITA baik! Hadiah wang tunai RM10,000 menanti siapa berjaya menamakan anak tapir!

Ya! Pengusaha taman rekreasi di ibu negara, 99 Wonderland Park Wildlife In The City kini menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada peserta bertuah yang berjaya menamakan anak tapir betina yang baru sahaja dilahirkan pada 6 Februari lalu.

Memetik laporan portal media tempatan, Pemiliknya, Datuk Seri Jeff B.K Lee berkata, pertandingan ‘Namakan Baby Tapir Kami’ itu dianjurkan bagi menarik minat rakyat Malaysia bersama meraikan kelahiran tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus).

Beliau berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa pemenang peraduan akan diumumkan pada 27 April 2021 sempena perayaan Hari Tapir Sedunia. Bagi mereka yang berminat boleh kunjungi Facebook atau laman web https://www.99wonderlandpark.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Peluang menang wang tunai RM10,000 hanya beri nama anak tapir

Jeff berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim untuk meminjam dan mempamerkan kepada pengunjung sepasang Malayan Tapir, iaitu Mr Junior dan Puan Peradong, Januari tahun lalu.

Iklan

“Selepas lebih setahun dipelihara dan dipamerkan di sini, Puan Peradong melahirkan anaknya yang seperti semua tahu ia belum dinamakan.

“Kami serahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakannya. Nama yang dipilih nanti akan diumumkan dan pemenang akan diberikan ganjaran wang tunai RM10,000 yang dijanjikan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, spesis tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) ini adalah spesis tapir terbesar di dunia dan musim mengawan tapir berlaku pada bulan April hingga Jun.

Iklan

Tempoh kehamilan Tapir Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari yang mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 6.8 kilogram.

Tapir betina akan melahirkan anaknya dengan purata dua tahun sekali. Ketika muda, tapir ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan.