Peluang untuk jadi sukarelawan petugas barisan hadapan masih dibuka

A
A
A

BERITA baik bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada petugas barisan hadapan!

Untuk makluman, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peluang untuk menjadi sukarelawan dalam kajian klinikal fasa 3 Vaksin Covid-19 masih terbuka.

Menerusi hantaran di laman Twitter rasmi KKM, mereka memaklumkan antara syarat yang diletakkan adalah pemohon perlu berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

Mereka yang berminat dan mahukan maklumat lanjut boleh menghubungi antara sembilan hospital yang menjadi tapak kajian tersebut menerusi aplikasi WhatsApp iaitu seperti :

  • Hospital Ampang, Selangor (016-7286617 dan Telegram)
  • Hospital Umum Sarawak, Sarawak (012-3108108)
  • Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang (014-9453599)
  • Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (014-9065518).
  • Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (019-5544976)
  • Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak (011-63311654)
  • Hospital Taiping, Perak (019-8546373)
  • Hospital Sungai Buloh, Selangor (011-10045343)
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah (017-7931938, 017-7931987, 011-57669114).

Sementara itu, borang juga perlu diisi secara dalam talian ataupun secara terus menerusi aplikasi WhatsApp sambil memberi pautan untuk maklumat lanjut sebelum mereka mengambil tindakan seterusnya dan menghubungi pemohon.

Bagaimanapun, setakat ini tapak kajian di Hospital Ampang sudah mempunyai sukarelawan yang mencukupi, namun pihak terbabit memberi pautan untuk mengisi borang secara dalam talian bagi membolehkan mereka yang berminat dalam percubaan vaksin pada masa hadapan.

Peluang untuk jadi sukarelawan petugas barisan hadapan masih dibuka

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan berkata, kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 dimulakan di sembilan hospital tersebut dengan anggaran melibatkan 3,000 sukarelawan.

Beliau berkata kajian klinikal itu ditaja oleh Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) dengan objektif untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan Covid-19.

Sembilan hospital yang terlibat dalam percubaan klinikal itu adalah di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR).

Bagi mereka yang berminat boleh segera membuat permohonan atau hubungi mana-mana cawangan hospital yang telah disenaraikan.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca