Pelukis Artortoise penghidap kanser pangkal hidung tahap 3, Dr. Zulkifli mohon doa orang ramai

Pelukis Artortoise penghidap kanser pangkal hidung tahap 3, Dr. Zulkifli mohon doa orang ramai
Pelukis Artortoise penghidap kanser pangkal hidung tahap 3, Dr. Zulkifli mohon doa orang ramai
A
A
A

HALAMAN komik digital berunsur dakwah, Artotoise merupakan sebuah platform yang ringan, mudah didekati dan sarat dengan perkembangan terkini dan hal ehwal semasa.

Memilih kura-kura atau penyu sebagai ikon pastinya mempunyai maksud tersirat yang tersendiri kerana umum tahu ia adalah haiwan yang lambat tapi paling sabar dalam dunia.

 

View this post on Instagram

 

Dari Penjarakan Sosial kepada Penjarakan Fizikal. Patuh SOP ya gaiss... ??♥️?? #penjarakanfizikal #artoboy #artortoiseMY

A post shared by artortoise (@artortoise) on

Selain daripada menyampaikan dakwah ringan, lukisan animasi grafik Artortoise juga sering mewarnai media sosial kita dengan nasihat-nasihat berkaitan isu semasa, pengajaran dan sebagainya.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, pelukis di sebalik watak Artortoise, iaitu Mohamad Ikhsan Kamarudin sebenarnya adalah salah seorang penghidap kanser pangkal hidung tahap tiga.

Baru-baru ini beliau dikhabarkan menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi bagi komplikasi yang dihidapinya.

Berita menyedihkan itu dikongsi sendiri oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian beliau, Dr. Zulkifli memohon orang ramai untuk bersama-sama mendoakan rawatan tersebut berjalan dengan lancar.

“Saya yakin ramai mengenali @Artortoise_full lewat kartun beliau yang sarat dengan unsur nasihat dan dakwah.

“Sama-sama kita doakan Mohamad Ikhsan Kamarudin dipermudahkan urusan dalam pembedahannya hari ini. Saya baru dimaklumkan beliau menghidap Kanser Pangkal Hidung Tahap 3,” tulisnya pada 5 Ogos lalu.

Namun, sebenarnya Mohamad Ikhsan bukanlah menjalani pembedahan. Beliau sendiri sedia maklum bahawa Mohamad Ikhsan hanya menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi mengikut temu janji jadual kesihatan yang telah ditetapkan.

Semoga kesihatan Mohamad Ikhsan akan bertambah baik selepas ini supaya beliau boleh kembali berkarya. Pastinya peminat merindui strok lukisan beliau yang kemas, cantik dan penuh makna. Kadangkala ia agak nakal dan sinis.

Keringkasan visual Artortoise menunjukkan bahawa si pelukis bukan sahaja berbakat tetapi memiliki daya kreatif yang effektif dan berfikir.

Penceritaan dan permainan isu yang terkini juga membuatkan lukisan Artortoise sentiasa dikongsi dan menjadi bualan netizen.

Teruskan berkarya Artortoise!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca