SEJAK akhir-akhir ini, banyak kes-kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di jalan raya sehingga menyebabkan kematian.

Terbaharu, seorang lelaki kakitangan Alam Flora maut akibat dirempuh pemandu mabuk yang memandu keretanya secara melawan arus semalam.

Mengapa keadaan itu berlaku?

Kongsi Pakar Psikiatri dan Pensyarah Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria di Facebooknya , kesan bahaya fisiologi alkohol kepada otak manusia.

DR Rozanizam.

“Alkohol adalah kimia yang akan sampai ke otak bila di consume.

“Di otak, dia akan melekat di tiga reseptor iaitu dopamine, gamma-Aminobutyric acid (GABA) dan glutamate dan dopamine ini yang buat pemabuk happy.

“Dopamine akan create sense of reward menyebabkan peminum arak sukar berhenti.

“Tapi dua reseptor lagi iaitu GABA dan Glutame akan buat the opposite effect (depressant effect).

“Menyebabkan otak akan shut down stage by stage ikut level alkohol dalam darah.

“0.07-0.09 minor impairment dekat pertuturan, memori, balance, pendengaran dan reaction time.

“0.125 semua dia atas akan significantly impaired further dan semakin teruk.

“0.13 0.15 peminum alkohol mula jadi tidak tenteram, hilang motor skills, koordinasi dan pandangan kabur.

“0.25 impairment in all mental capacity, bahasa mudahnya sudah hilang akal, termasuk sensory dan fizikal ability.

Iklan

“0.3 ke atas stupor, koma dan kematian,” tulisnya.

Bayangkan orang yang mabuk diberi stereng dan memandu di atas jalan raya yang ada pemandu lain.

Sebenarnya bukan kereta sahaja tidak boleh diberi kepada orang mabuk. Semua urusan lain tidak dibenarkan.

Sebab apa?

Iklan

Secara dasarnya apabila hilang akal, mereka juga hilang kelayakan untuk segala urusan yang lain.

Oleh sebab itulah, Islam menyatakan arak itu ibu segala maksiat.

Dalam masa yang sama, Dr Rozanizam turut memberi pendapatnya, antara keutamaan kerajaan hari ini untuk bertindak dengan kuasa yang ada.

Jika tidak, kita akan pasrah menunggu kematian seterusnya yang mungkin terjadi kepada kita.