Penceraian hakam jalan terakhir suami enggan lafaz talak, 20 fakta wanita perlu tahu

PENCERAIAN adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal. Perpisahan ini perlu melalui lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh suami.

Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya. Namun apabila suami enggan melafazkan talak, adakah perceraian tidak akan berlaku?

Terdapat tiga jenis talak yang selama ini diketahui umum iaitu talak sorih, talak kinayah, dan talak taklik.

Namun begitu, isteri juga boleh menuntut perceraian daripada suami iaitu sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan taklik.

Sebenarnya ada satu lagi kaedah penceraian yang boleh diambil oleh isteri yang jarang diketahui iaitu hakam.

Baca juga: Puteri Sarah persoal tuntutan nusyuz oleh Syamsul, yakin berada di pihak yang benar

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Apakah sebenarnya penceraian secara hakam dan bagaimana ia ia boleh dijalankan? Berikut 20 fakta berkaitannya:

Iklan
Iklan

1-Bagaimana penceraian secara hakam boleh dilakukan? Apabila suami enggan menceraikan isteri, mahkamah akan melantik suatu jawatankuasa pendamai.

2-Jawatankuasa pendamai ini terdiri daripada seorang pegawai agama, seorang wakil suami, dan seorang wakil isteri.

3-Keutamaan diberikan kepada saudara atau ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Penubuhan jawatankuasa pendamai ini adalah untuk mencapai perdamaian di antara suami dan isteri. Mereka diberi tempoh selama enam bulan dari tarikh jawatankuasa dibentuk.

4-Dalam tempoh tersebut, suami dan isteri diberi peluang memberikan pendapat termasuk memanggil wakil untuk siasatan dan pandangan. Namun tempoh enam bulan tersebut juga boleh menjadi lebih lama jika mahkamah memutuskan ada keperluan untuk melanjutkan tempoh perdamaian.

5-Jika selepas tempoh perdamaian itu, suami dan isteri bersetuju untuk berdamai, maka permohonan perceraian boleh ditarik balik. Tetapi jika suami dan isteri enggan berdamai atau suami tidak mahu melafazkan cerai, maka kes akan dirujuk kepada hakam.

Baca juga: Suami enggan lafaz talak, adakah selamanya isteri tidak akan dapat bercerai? 20 info wanita perlu tahu

6-Sebelum itu, kita perlu tahu apa maksud ‘hakam’. Hakam ertinya seorang penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (syiqaq) antara suami dan isteri.

7-Hakam diperuntukkan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 di bawah akta yang sama.

8-Hakam terdiri daripada saudara karib suami dan isteri yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pihak suami dan isteri.

9-Hakam mestilah lelaki beragama Islam, berakal, mukalaf, adil dan amanah, serta mempunyai pengetahuan asas dalam hal kekeluargaan dan hukum Ssarak.

10-Hakam dilantik apabila mahkamah berpuas hati, perkelahian (syiqaq) sentiasa berlaku dalam tempoh perkahwinan walaupun selepas usaha perdamaian dilakukan pada peringkat jawatan kuasa pendamai.

Baca juga: Ibu paling berhak dapat hadanah, 15 info wanita wajib tahu tentang penjagaan anak lepas bercerai

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

10-Pemilihan hakam adalah penting. Sebagai contoh, hakam mestilah tidak bersifat berat sebelah dan tidak mempunyai kepentingan peribadi.

11-Oleh itu, hakam mestilah seorang yang jujur, adil, bersabar dan berusaha untuk menyelesaikan pertelingkahan suami dan isteri.

12-Jika suami dan isteri gagal mengemukakan hakam masing-masing, Mahkamah akan melantik seorang hakam dari kalangan anggota Panel Hakam atau mana-mana Pegawai Syariah atau Pegawai Hal Ehwal Islam atau Pegawai Majlis yang mahir dalam bidang kekeluargaan dan Hukum Syarak.

13-Fungsi hakam adalah untuk menamatkan perkelahian antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talak atau khuluk.

14-Hakam mesti mempunyai kuasa penuh daripada prinsipal yang mana hakam juga boleh melafazkan talak atau khuluk di hadapan mahkamah bagi pihak suami.

15-Hakam bagi isteri pula mempunyai kuasa untuk menerima lafaz khuluk di hadapan mahkamah.

Baca juga: #SiBibirMerah: Wanita, tabah lalui penceraian, ketahui hak yang boleh dituntut

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

16-Namun, jika hakam berpendapat pasangan itu patut bercerai tapi tidak dapat memerintahkan perceraian atas sebab lain seperti hakam tidak mendapat kuasa penuh daripada prinsipal atau menarik diri, maka mahkamah boleh melantik hakam yang lain untuk proses yang sama.

17-Jika hakam suami enggan melafazkan cerai dan meminta perceraian secara tebus talak dan hakam isteri bersetuju, mahkamah boleh mengarahkan perceraian secara tebus talak.

18-Prosiding tidak diteruskan jika pihak suami gagal menghadirkan diri ke mahkamah dan tidak melantik hakam.

19-Pada masa itu, perceraian akan diteruskan melalui proses fasakh atau taklik.

20-Prosiding hakam lazimnya mengambil masa lebih kurang enam bulan hingga setahun dengan syarat kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang baik.

Baca juga: Jatuhkan talak guna alat komunikasi moden kaedah yang tidak tepati adab penceraian

Sumber: Facebook Sembang Santai Peguam Syarie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

4 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

18 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

21 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

23 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

23 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago