HomeFYI12 jenis pengeluaran KWSP...

12 jenis pengeluaran KWSP dibolehkan sebelum umur 55 tahun, berikut info wanita perlu tahu

PEKERJA sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam tentu familiar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan dipercayai.

Sejak 1 Januari 2007, simpanan anggota KWSP dibahagi dalam dua akaun. Akaun pertama, digelar “Akaun 1”, menyimpan 70 peratus daripada caruman anggota, manakala akaun kedua, digelar “Akaun 2”, menyimpan baki selebihnya (30 peratus).

Sehingga Jun 2022, KWSP mempunyai seramai 15.5 juta ahli. Sewaktu pandemik dan pasca pandemik, ramai yang terkesan terpaksa membuat pengeluaran khas iaitu menerusi i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Baca juga: i-Sayang untuk suami carum 2 peratus buat isteri kini dah boleh mohon, 9 info berkaitan

Simpanan ini boleh dikeluarkan walaupun tidak melalui pengeluaran khas. Berikut 12 jenis pengeluaran KWSP wanita perlu ambil tahu:

1-PENDIDIKAN

i)-Anda boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/ atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

ii)Kos yang dibiayai yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian atau jumlah baki pinjaman.Bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan hanya untuk yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 2.

iii)Yuran hostel dan penginapan.

iv)Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan atau luar negara

v)Berikut adalah ahli yang layak memohon pengeluaran pendidikan:
-Warganegara Malaysia & bukan warganegara.
-Berumur 55 tahun ke bawah.
-Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
-Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas
(akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional).
-Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) atau institusi luar negara (program sepenuh masa).
-Dibenarkan untuk Ahli/anak/pasangan/ibu bapa ahli yang berhenti/gagal/tidak tamat/tarik diri daripada pengajian untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).

vi)Pengeluaran boleh dibuat pada setiap semester atau tahun pengajian. Ia juga boleh dilakukan dalam masa tiga tahun dari tarikh tamat pengajian/berhenti/gagal bagi bayaran yang tertunggak di IPT.

2-BELI RUMAH

i-Anda boleh membuat pengeluaran untuk membeli rumah sama ada secara individu, bersama pasangan atau ahli keluarga.

ii-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
-Umur bawah 55
-Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
-Membeli rumah kediaman
-Pinjaman yang diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri
-Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Baca juga:Wanita wajib tahu, ada 17 jenis pengeluaran KWSP boleh dibuat sebelum pencen

3-BINA RUMAH

i-Anda boleh membuat pengeluaran untuk membeli rumah sama ada secara individu, bersama pasangan atau ahli keluarga.

ii-Antara syarat permohonan pengeluaran jenis ini adalah seperti berikut:
-Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
-Umur bawah 55
-Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
-Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
-Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.
-Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
-Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.

4-KURANGKAN/ SELESAI BAKI PINJAMAN PERUMAHAN

i-Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP bagi mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

ii-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
-Umur bawah 55
-Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
-Telah membeli/membina rumah kediaman
-Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut (bagi pengeluaran individu sahaja)
-Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran.
-Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
-Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya.
-Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan.

5-ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

i-Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP bagi meringankan beban ansuran bulanan.

ii-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
-Umur bawah 55
-Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2
-Telah membeli/membina rumah kediaman
-Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
-Ansuran bulanan telah bermula.

iii-Untuk pengeluaran individu dan bersama, anda boleh mengeluarkan mengikut jumlah baki pinjaman perumahan atau kesemua simpanan di dalam Akaun 2 atau mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama enam bulan.

6-PERUMAHAN PR1MA

i-Anda boleh menggunakan simpanan KWSP untuk mendapatkan rumah PR1MA pertama anda. Jumlah pembayaran PR1MA ditentukan oleh ahli dan tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan.

ii-Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan.

iii-Ia akan melibatkan sebahagian atau semua dari simpanan Akaun 2 (minimum RM50).

iv-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Warganegara
-Umur bawah 55
-Pembeli rumah PR1MA
-Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
-Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/melepaskan hak milik harta.

Baca juga: Cara mohon, kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 15 info penting wanita perlu tahu

7-HAJI

i-Simpanan KWSP memudahkan perjalanan anda melangkah menunaikan ibadah haji.

ii-Anda oleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

iii-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Umur bawah 55
-Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
-Tidak pernah memohon pengeluaran haji
-Simpanan di LTH tidak mencukupi

8-KESIHATAN

i-Ia adalah pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan dan / atau peralatan perubatan.

Iklan

ii-Anda layak memohon untuk membiayai:
-Diri sendiri
-Ibu bapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
-Pasangan
-Adik-beradik(kandung)
-Anak-anak (kandung, angkat, tiri)

iii-Antara yang dilindungi ialah seperti berikut:
-Kanser
-Penyakit sistem kardiovaskular
-Endokrin/ perubatan
-Gastroenterologi/ hepatologi
-Sistem genitourinari
-Hematologi
-Sistem saraf
-Oftalmologi
-Ortopedik
-Sistem pernafasan
-Penyakit kanak-kanak di bawah 16 tahun
-Penyakit mental
-Sistem Muskuloskeletal
-Rheumatologi
-Lain-lain penyakit seperti HIV, pekak dan kehilangan keupayaan untuk berdikari

9-SIMPANAN MELEBIHI RM1 JUTA

i-Pengeluaran ini boleh dilakukan untuk mereka yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta.

ii-Anda boleh mengeluarkan apa-apa amaun lebihan daripada 1 juta.

iii-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
-Umur bawah 55
-Mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP

Baca juga: Raya sakan! Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023, RM700 untuk kakitangan awam, 5 info wanita perlu tahu

10-PEKERJA BERPENCEN/ PERSARAAN PILIHAN

i-Pengeluaran ini membolehkan ahli membuat pengeluaran penuh

ii-Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

iii-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Umur bawah 55 tahun
-Pekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
-Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

11-HILANG UPAYA

i-Pengeluaran Hilang Upaya kami membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja.

Iklan

ii-Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.

iii-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Warganegara dan bukan warganegara
-Di bawah umur 60 tahun
-Ada simpanan di dalam KWSP
-Tidak bekerja
-Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
-Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter.

iv-Anda boleh mengeluarkan kesemua simpanan di dalam KWSP.

12-MENINGGALKAN NEGARA

i-Anda boleh Keluarkan kesemua simpanan KWSP apabila meninggalkan negara

ii-Ia boleh dipohon ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain atau ekspatriat, penduduk tetap (PR) atau pekerja asing yang kembali ke negara asal.

iii-Pengeluaran jenis ini boleh dilakukan oleh ahli seperti berikut:
-Warganegara Malaysia/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR atau ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja/berhasrat meninggalkan Malaysia.

iv-Mempunyai simpanan KWSP

Kepada anda ahli KWSP yang memerlukan bantuan kewangan dan layak memohon pengeluaran bolehlah mendapatkan keterangan lanjut di portal rasmi KWSP.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah keluarga pendapatan kurang RM2,500 terima hingga RM2,500, 5 info berkaitan

Sumber: KWSP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Hidap jantung berlubang sejak 2016, pelajar Tingkatan Dua maut merentas desa

MERENTAS desa salah satu agenda wajib di peringkat sekolah rendah mahupun...

‘Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.’ Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja

'Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.' Potret keluarga Jamal Abdillah...

Tergamaknya! Asbab calar kereta, 3 beradik kematian ibu dihalau & dihina runtun hati warga maya

'TERGAMAKNYA buat kepada darah daging sendiri'! Demikian komen warga maya yang mengikuti...