PENGANTIN wanita pun boleh merasa tidak selesa dan malu bila berhadapan situasi mendapat barangan tak senonoh di atas pelamin.

Majlis perkahwinan merupakan satu keraian di mana ramai ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan pasangan pengantin untuk menyatukan hati dan jiiwa.

Ia juga merupakan majlis di mana semua yang hadir menunjukkan kegembiraan dan memberikan restu kepada pasangan pengantin di hari istimewa mereka itu.

Sebagai simbol meraikan hari bahagia pasangan mempelai, memberi hadiah perkahwinan juga sudah menjadi adat dalam kalangan masyarakat kita.

Namun lain pula kisahnya apabila sekumpulan lelaki bertindak cuba ‘berjenaka’ dengan memberi alat cegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (kondom) sebagai hadiah perkahwinan kepada pasangan mempelai secara terbuka.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan pemuda tersebut mengeluarkan kotak berisi alat itu daripada poket seluar dan bungkusan sebelum masing-masing menyerahkan ke tangan pengantin lelaki yang sedang bersanding di pelamin.

Tindakan tersebut mendapat kecaman ramai, warga maya menyifatkan situasi itu adalah kurang adab dan ‘lawak tidak kena tempat’.

Situasi berkenaan juga boleh mengundang malu dan tidak selesa pengantin wanita tambah lagi di dalam majlis keramaian yang penuh dengan keluarga, sahabat dan sanak saudara.

Ramai yang berpendapat, majlis perkahwinan yang harmoni itu patut dihormati. Boleh diberi hadiah sebegitu namun dibalut dan ditutup elok-elok.

Baca juga Kahwini ‘anak emak’ satu kesilapan besar, betul ke sampai macam itu sekali?

Pengantin wanita tak selesa, rakan suami beri barang 'tak senonoh' atas pelamin, 10 idea hadiah 'rare'
Tangkap layar yang tular di laman sosial.

Sementara itu, ini 10 idea hadiah pengantin yang unik dan rare;

1. Peralatan elektronik

Pengantin mana tak gembira kalau dapat barang elektronik kan? Dengan harga barang yang mahal mungkin terus hilang penat pengantin. Antara barang elektronik yang boleh dijadikan hadiah;

  • Vakum wireles
  • Waffle maker
  • Pengisar jus buah-buahan
  • Coffee maker
  • Water Dispenser

2. Perkakas dapur

Zaman sekarang ini macam-macam rekaan perkakas dapur seperti kuali, periuk, set pisau dan segala jenis senduk.

3. Hamper makanan

Ini memang paling unik punya! Untuk hadiah hamper makanan ini, anda boleh beri bahan masakan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk digunakan pada masa akan datang seperti;

  • Rempah ratus
  • Produk tin; susu, laici, sardin
  • Kicap, sos cili, sos tiram
  • Beras, tepung, gula
  • Kopi dan teh

Pokok dalam tandas

4. Hadiah kahwin hiasan rumah

Antara hiasan rumah customize yang popular sekarang adalah;

  • Pokok palsu
  • Lampu hiasan
  • Jam dinding
  • Hiasan rumah

5. Alatan senaman

Hadiahkan mereka alatan bersenam. Tidak perlu mesin-mesin yang mahal macam dekat gym tu. Cukup dengan alatan-alatan yang boleh digunakan untuk bersenam di rumah seperti;

Iklan
  • Dumbbell
  • Tali skipping
  • Tikar dan bola Yoga
  • Raket badminton

6. Bahan bacaan

Tak salah kalau lepas kahwin ni kita banyakkan membaca betul tak? Mungkin ini antara buku yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin;

  • Fiqh perkahwinan
  • Majalah keluarga
  • Soal jawab perkahwinan
  • Panduan perkahwinan
  • Nama-nama anak

Lupus sejadah lama

7. Barang kelengkapan bilik

Barang-barang untuk bilik tidur ni berguna tau. Mungkin kalau dapat banyak, boleh digunakan untuk bilik-bilik lain selain bilik pengantin. Yang penting memang sesuai dan berbaloi.

Ini lima idea kelengkapan bilik yang boleh dijadikan hadiah;

  • Karpet
  • Set cadar
  • Langsir
  • Bantal
  • Barang ibadah seperti sejadah dan rehal

8. Perabot

Iklan

Belikan perabot pun banyak manfaat tau. Bukan sofa atau meja makan, mungkin rak atau almari kecil yang boleh jadikan hadiah seperti;

  • Rak buku
  • Rak kasut
  • Rak serbaguna
  • Meja kopi
  • Kerusi bean bag

Baca juga Lahir awal 7 minggu , wanita bersalin bayi lelaki dalam pesawat ke Brunei

9. Pakej percutian

Boleh raikan hari kebahagiaan mereka dengan menaja trip honeymoon!

Kalau ada yang bimbang pasal harga tu jangan risau lah. Sekarang ini, bercuti dalam negara pun seronok tau. Banyak tempat kita boleh terokai.

10. Barangan bercetak gambar pengantin seperti;

  • Canvas dinding
  • Sarung bantal
  • Frame gambar
  • Tote bag
  • T-Shirt bergambar

Jadi, berilah barangan yang bermanfaat buat si pengantin. Ubahlah trend memberi barangan tidak senonoh kepada pasangan mempelai. Raikan hari bahagia mereka sebaiknya.