Peniaga mikro yang belum menerima bantuan RM3,000 perlu buat permohonan segera, caranya mudah - LHDN

Peniaga mikro yang belum menerima bantuan RM3,000 perlu buat permohonan segera, caranya mudah - LHDN
Peniaga mikro yang belum menerima bantuan RM3,000 perlu buat permohonan segera, caranya mudah - LHDN
A
A
A

PENIAGA mikro yang layak menerima Geran Khas Prihatin (GKP) perlu membuat permohonan segera selewat-lewatnya pada 31 Oktober  ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini mengingatkan peniaga yang masih belum menerima bantuan secara one-off berjumlah RM3,000 itu, agar membuat permohonan secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my/.

“Layari portal GKP untuk muat turun syarat-syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan khas ini.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh hubungi LHDNM menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” menurut kenyataan itu.

Apa itu GKP?

Bagi mereka yang kurang maklum, GKP adalah bantuan kewangan yang diberikan olekh kerajaan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

  1. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
  2. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
  3. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
  4. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas PRIHATIN, Kerajaan telah bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 sehingga 31 Okt dengan bayaran dijangka dibuat mulai 25 Nov. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 Nov depan.

Bagi yang berkelayakan dan belum memohon, dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi ini ambil peluang dan buatlah permohonan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca