CARA tradisional mencari jodoh kini sudah diambil alih medium media sosial.

Antara yang popular melalui Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi yang kini semakin mendapat tempat terutama pada golongan remaja.

Namun, jika tidak berhati-hati, korang boleh terperangkap dalam modus penipuan yang tidak hanya merugikan secara emosional namun juga mental seperti fenomena sekarang yang dikenali sebagai catfishing.

Apa itu catfishing?

Kalau korang nak tahu, fenomena catfishing menggambarkan kerakusan penipuan di dunia maya yang dilakukan oleh individu yang berpura-pura menunjukkan ketertarikan kepada orang lain, namun memiliki maksud tersembunyi. Aksi catfishing ini biasa terjadi melalui hubungan yang terjalin secara online.

Penipuan catfishing! Jangan jadi mangsa, 5 perkara penting korang perlu tahu

Okay, berapa ramai dalam kalangan korang yang pernah menjalinkan hubungan menerusi online? Masti ada punya kan? Lebih-lebih lagi semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semakin ramai remaja yang memilih platform online untuk cuba mencari pasangan.

Yelah dah seharian duduk rumah nak keluar tak boleh apa je yang korang boleh buat? Online jer lah kan. Nak cari jodoh pun sekarang semudah swipe ke kanan, siapa yang tak nak kan? Haha!

Tambahan pula kini dengan aplikasi canggih seperti Face App, lagi bertambahlah kes catfishing yang berlaku di Malaysia!

Penipuan catfishing! Jangan jadi mangsa, 5 perkara penting korang perlu tahu

Bagi SinarPlus pula tak salah korang nak berkenalan dan menjalin hubungan online seiring dengan era dan teknologi yang kian canggih sekarang, cuma perlu lebih berhati untuk tidak menjadi mangsa kerana remaja seperti korang adalah mangsa yang paling mudah tertipu!

Macam mana korang nak tau yang korang ditipu atau bakal ditipu? Mudah sahaja, jika pasangan online korang buat lima perkara ini, itu adalah petanda yang korang mungkin bakal menjadi mangsa kes catfish.

Antaranya adalah seperti:

  1. Tak nak buat panggilan video

Ya! ini adalah petanda besar kerana panggilan telefon dan panggilan video akan membongkarkan identiti sebenar mereka. Time buat video call lah habis semua pecah lubang lah gaiss!

Penipuan catfishing! Jangan jadi mangsa, 5 perkara penting korang perlu tahu

Mereka akan mengeluarkan alasan tiada data internet yang mencukupi ataupun servis panggilan (line) mereka teruk. Sekiranya mereka enggan dihubungi menerusi FaceTime atau telefon, hrmm faham-faham lah nye. Penipu lah tu!

  1. Hubungan berkembang terlalu mudah dan cepat

Berapa lama masa yang diambil oleh korang untuk mula berkongsi perkara peribadi ataupun mengucapkan ‘I love you’ kepada seseorang itu? Kalau penulis yang sejenis cepat mesra ni pun take time tiga empat bulan juga. Haha!

Tetapi tidak dengan pelaku Catfish. Ini kerana mereka ingin cuba memerangkap korang secepat mungkin. Selepas beberapa kali berbalas mesej di DM ataupun WhatsApp, mereka dengan mudah sekali telah jatuh cinta dengan korang dan ingin menghabiskan seumur hidup dengan korang.

Sekiranya korang rasa apa yang diucapkan mereka itu tidak masuk akal, it probably is.

Iklan
  1. Tiada media sosial popular

Peliklah sekiranya seseorang itu tidak mempunyai akaun Instagram, Facebook, Twitter ataupun TikTok pada zaman ini.

Semua orang kini mempunyai salah satu daripada akaun tersebut. Sekiranya mereka mendakwa tiada akaun media sosial, ini adalah antara petanda mereka tidak berlaku jujur.

Ada juga situasii catfish yang mana mereka mempunyai akaun media sosial namun tidak mempunyai followers yang ramai ataupun mempunyai zero-post. Hrm, pelik!

  1. Mula meminta pinjam duit

Okey ini masalah paling besar! Sekiranya seseorang sudah mula berani untuk meminta wang Ringgit selepas beberapa kali berbalas mesej, GET OUT OF THAT CONVERSATION NOW! Sure korang kena game lah tu. Percaya lah!

Jangan sesekali beralah untuk memberi mereka duit ataupun nombor akaun bank.

  1. Cerita mereka kedengaran terlalu ‘sempurna’

Yang ni macam drama Melayu tayangan petang-petang sikit. Semua tak nak kalah nak kerja syarikat papa jodoh pula mama yang tentukan! Come on lah tahun 2020 dah ni gais!

Iklan

Pernah tak seseorang itu menceritakan mengenai betapa liarnya hubungan lama mereka bersama EX masing-masing. Bagaimana mereka telah menerokai dunia pada usia muda dan mengenai kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya.

Penipuan catfishing! Jangan jadi mangsa, 5 perkara penting korang perlu tahu

Tidak pelik pun sebenarnya untuk seorang remaja itu berasal daripada keluarga berada. Namun orang yang mempunyai kemewahan tidak akan menceritakan mengenai kemewahan mereka tidak semena-mena kepada orang yang baru mereka kenali.

Jika korang mulai curiga dengan cerita-cerita mereka, tanyakan soalan mengenainya kepada mereka. Jangan mudah percaya.

Bukanlah niat nak menghalang niat korang untuk mencari jodoh di alam maya. Cuma please berhati-hati semasa date secara online.

Orang tua-tua ada kata, beringat sebelum terkena! So, hati-hati gais.