Penjadualan semula penerbangan pelajar ke IPT dipertimbang, yang dah beli tiket boleh tarik nafas lega

Penjadualan semula penerbangan pelajar ke IPT dipertimbang, yang dah beli tiket boleh tarik nafas lega
Penjadualan semula penerbangan pelajar ke IPT dipertimbang, yang dah beli tiket boleh tarik nafas lega
A
A
A

BERITA baik buat semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dah membeli tiket penerbangan untukn pulang ke kampus!

Terbaharu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah berunding dengan syarikat penerbangan bagi memohon pertimbangan penjadualan semula penerbangan pelajar pulang ke kampus khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan ke IPT masing-masing.

Menerusi kenyataan hari ini, KPT memaklumkan bahawa syarikat penerbangan bersetuju menjadualkan semula penerbangan pelajar IPT sehingga 31 Dis 2020.

"KPT prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan pelajar, ibu bapa dan masyarakat berikutan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.

"Justeru, KPT mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat penerbangan," menurut kementerian itu.

Pada 27 September lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad juga dilaporkan sebagai mencadangkan IPT menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka.

Noraini mahu proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian.

Mengulas lanjut perkembangan itu, KPT pada masa sama mengalu-alukan keprihatinan dan kepekaan semua pihak dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan pelajar terbabit.

Mengenai pelajar IPT yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, KPT meminta mereka untuk kekal berada di kampus masing-masing.

"Pihak IPT perlu membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPT mencadangkan agar pihak pengurusan IPT menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus.

Jadi, korang dah boleh rancang perjalanan masing-masing dan bersedia untuk mulakan sesi pembelajaran semua jika penjadual semua selesai dibuat.

Namun, SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan juga perlu dipatuhi supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Semoga urusan korang juga dipermudahkan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca