Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

A
A
A

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada petang Isnin.

Berita pemergian pelantun lagu Wajah Kesayangan Hamba itu dikongsikan penyanyi Datin Salwa Abd Rahman menerusi Instastory milknya.

"Al-Fatihah. Assalamualaikum dukacita dimaklumkan Hail Amir baru sahaja menghembuskan nafasnya sebentar tadi," katanya.

Perkara berkenaan turut dikongsikan Pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM), Sandakiah Azez menerusi laman sosial Facebook.

"Dukacita dimaklumkan seniman dan biduan Datuk Abdul Hail Amir, telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 3.40 petang, 6 Mei 2024 di Hospital Kuala Lumpur.

"Semoga ALLAH mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Salam takziah buat keluarga, Kak Sofi, Cinta Hailfi dan semua. Wajah Kesayangan Hamba sudah tiada...," titipnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah mengesahkan berita pemergian penghibur itu selepas mengalami komplikasi paru-paru.

Difahamkan, Hail menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di hospital berkenaan sejak Sabtu lalu.

Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.

Dilahirkan pada 2 November 1947, Hail mula mencipta nama sebagai seorang penyanyi sekitar 1976 dan 1977. Beliau yang dilahirkan di Kebun Lama, Pulau Pinang pernah membintangi pelbagai filem seperti Jiwa Remaja (1975), Cinta dan Lagu (1976), Menanti Hari Esok (1977), Dendang Perantau (1979), Sesejuk Air Mata Ibu (1981), Anita Dunia Ajaib (1981), Ke Medan Jaya (1983), Sindrom Mana Anakku (1984) dan Jaket Biru (1991).

Beliau juga popular dengan lagu Seloka Hari Raya dan sering menjadi pasangan duet Uji Rashid.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca