Pasti elegan! Kontinjen Malaysia guna rekaan Rizman Ruzaini pada pembukaan Olimpik Paris 2024

No Image Caption
A
A
A

KECOH isu pakaian kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Terbaharu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Pakaian yang akan digayakan pada perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris yang dijadual 26 Julai itu bakal didedahkan kepada umum tidak lama lagi.

No Image Caption

“Ia akan bertemakan baju Melayu dan berkonsepkan tradisional. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan menunjukkannya kepada umum tidak lama lagi,” katanya semasa sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Baca juga: 'Sudah terhantuk baru terngadah', Majlis Olimpik Malaysia bertindak tukar rekaan baju kontinjen MalaysiaBaca juga: Cantiknya! Paling menyerlah, ini pakaian seragam 10 negara ke Sukan Olimpik Paris 2024Nama Rizman Ruzaini tidak perlu diperkenalkan lagi. Dua perekanya, Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil baru-baru ini menempa sejarah dalam industri fesyen tanah air apabila busana rekaan mereka disarung penyanyi terkenal Lady Gaga ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas.

Sebelum itu, pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang dirancang akan dipakai pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menerima kritikan daripada banyak pihak.

No Image Caption

Susulan kritikan tersebut, MOM tampil memperkenalkan rekaan baharu dengan corak belang harimau yang lebih garang dipaparkan pada pakaian rasmi tersebut.

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang