Duit hasil bawa teksi saksi 5 beradik berjaya ke menara gading, luahan anak akan pengorbanan ayah bikin sebak

No Image Caption
A
A
A

Siapa sangka, luahan rasa tentang pengorbanan insan yang digelar 'abah' menyara keluarga hanya dengan hasil membawa teksi melayakkan dirinya muncul juara dalam pertandingan Surat Cinta Ibu dan Ayah anjuran Sinarplus Jun lalu.

Akui Nur Farahida Ishak, adegan dalam video yang dimuat naik itu dirakam secara senyap-senyap dan spontan, kecuali ketika ayahnya mengelap kereta yang mana itu merupakan rutin ayahnya setiap kali sebelum nak memulakan kerja.

"Surat itu dibacakan di hadapan abah, saya tak bagi dia pegang. Malah, saya turut simpan untuk masukkan ayatnya ke dalam video. Saya suruh abah dengar sahaja.

"Selepas selesai saja edit video dan post di media sosial, saya terus kongsikan pautan video tersebut ke dalam aplikasi WhatsApp grup keluarga dan sepupu. Rata-rata mereka yang menonton video tersebut menangis termasuklah abah.

"Abah juga kerap ulang video tersebut kerana terharu dengan kandungannya. Sepanjang saya edit video ni, abah memang tak tahu video yang bakal saya hasilkan. Dia hanya sedia maklum tentang saya ingin menyertai peraduan yg dianjurkan Sinarplus," katanya.

No Image Caption

Pengorbanan ayah dan ibu

Tambah Farah, kebetulan hari bapa jatuh pada bulan kelahiran ayahnya. Oleh sebab itu, beliau tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pertandingan ini. Syukur ayahnya sporting dan memberi kerjasama sepanjang videonya dirakam.

Menurut cerita wanita itu lagi, sebelum ini insan kesayangannya itu pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta sebelum ini, tetapi hanya sementara. Ayahnya memilih untuk membawa teksi sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

No Image Caption

"Seingat saya, umur saya empat tahun abah dah bawa teksi sepenuh masa untuk membesarkan kami lima beradik masa tu.

"Sekarang adik-beradik semua dah bekerja, abah masih lagi bawa teksi. Cuma, ia jadikan sebagai hobi dan sekadar mengisi masa lapang. Mungkin kerana jiwanya terbiasa memandu dari dulu lagi selain hobinya membersihkan teksi walaupun tiada penumpang," tambah Farah.

No Image Caption

Lebih manis lagi, hasil membawa teksi itu juga mampu menyara keluarganya sehingga anak-anak Pak Ishak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Selain Farah, empat adik-beradiknya berjaya bergelar graduan dari Universiti Teknologi Mara (UITM).

Selain sangat menghargai pengorbanan si ayah, Farah dan yang lain tidak terkecuali berterima kasih atas kasih sayang dan bantuan sang ibu tersayang.

Kongsi Farah, sejak kecil sehingga beliau habis belajar, ibunya yang merupakan seorang suri rumah sanggup mengambil upah bagi menambahkan pendapatan keluarga dengan mengasuh anak orang.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang