Percuma dan elaun untuk B40! Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP kini dibuka untuk kemasukan

A
A
A

BAGI korang yang mempunyai rakan, adik atau saudara mara yang sedang mencari tempat untuk menyambung pelajaran, ini berita baik.

Kini Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka iklan kemasukan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran yang

diiktiraf.

IKB merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP.

Kampus yang terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan 3 ekar dan dilengkapi pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah institusi

kemahiran.

Sebanyak lima kursus ditawarkan. Pelajar yang terpilih akan menerima elaun dan semua kos pembelajaran ditanggung dengan dana zakat, di mana keutamaan adalah kepada anak-anak

keluarga asnaf dan B40.

Program-program di IKB dilaksanakan melalui sistem pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Terdapat lima kursus yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2021;

1. Kejuruteraan Elektrik

2. Perkhidmatan dan Penyajian Makanan

3. Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki

4. Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita

5. Teknologi Pembinaan Bangunan

Keistimewaan untuk pelatih di IKB;

  • Yuran pengajian percuma
  • Penginapan dan makan minum disediakan
  • Elaun bulanan RM100
  • Pakaian korporat dan teknikal disediakan

Percuma dan elaun untuk B40! Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP kini dibuka untuk kemasukan

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan dalam golongan B40 serta di bawah pengiraan Had Kifayah semasa yang ditetapkan oleh MAIWP untuk mengikuti latihan kemahiran program Sijil Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Sijil Kecekapan Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa 3 dengan Endorsan Pengujian, Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Baitulmal bagi ambilan Julai 2021.

Permohonan dibuat secara atas talian (online) : https://apps.maiwp.gov.my/sppikb/mohon

Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

Permohonan dibuka dari 7 April hingga 2 Mei 2021.

Baca juga Hati-hati! Lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam koyak

IKB ditubuhkan pada tahun 1990 dan mula beroperasi pada tahun 1991 di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Pada awal penubuhan IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal pada tahun 1995.

Sejajar dengan perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan. nama tersebut telah diiktiraf kepada Institut Kemahiran Baitulmal pada 1996.

Maklumat lanjut boleh layari www.maiwp.gov.my atau www.ikb-maiwp.edu.my

Semoga bermanfaat.

Sumber: eCentral

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca