Perincian penuh kawasan yang ditamatkan dan dilanjutkan PKPB

MELIHAT kepada peningkatan Covid-19, kerajaan kini setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.
MELIHAT kepada peningkatan Covid-19, kerajaan kini setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.
A
A
A

KERAJAAN mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan di seluruh Selangor sehingga 14 Januari tahun hadapan.

Manakala PKPB dilanjutkan di Mukim 12 Barat Daya dan Mukim Timur Laut Pulau Pinang sehingga 14 Januari 2021.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang media sebentar tadi di Facebook Live.

Berikut perincian penuh PKPB yang dilanjutkan dan ditamatkan mengikut negeri:

Dilanjutkan

  • PKPB dilanjutkan di seluruh Selangor sehingga 14 Januari 2021
  • PKPB dilanjutkan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 14 Januari 2021
  • PKPB dilanjutkan di Seremban sehingga 14 Januari 2021
  • PKPB dilanjutkan di Johor Bahru dan Batu Pahat sehingga 14 Januari 2021

Ditamatkan

  • PKPB ditamatkan di Ipoh dan Chemor, Mukim Hulu Kinta pada 28 Disember 2020
  • PKPB ditamatkan di Kulai pada 28 Disember 2020
  • PKPB ditamatkan di Port Dickson pada 28 Disember 2020

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca