Peritnya diserang sakit tekak, ini punca & 7 rawatan pantas di rumah

A
A
A

PERITNYA hidup jika diserang sakit tekak. Lebih teruk lagi demam menggigil pula menyusul. Aduhai!

Sakit tekak merupakan simptom yang biasa dalam kalangan kita. Ia mempunyai pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tekak.

Sakit tekak boleh merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan ataupun kegatalan pada tekak anda.

APAKAH PUNCA KEPADA MASALAH SAKIT TEKAK?

1. Jangkitan virus

Jangkitan virus merupakan jangkitan biasa dalam populasi kita. Contoh virus yang boleh menyebabkan sakit tekak termasuk virus selsema, croup dan mononucleosis. Ia sering menjadi punca sakit tekak ketika menelan.

2. Jangkitan bakteria

Jangkitan bakteria menyebabkan simptom yang lebih serius dan sakit. Strep throat ataupun sakit tekak akibat jangkitan Streptococcus boleh menyebabkan sakit tekak yang serius dan kesusahan menelan.

Jika bakteria ialah penyebab sakit tekak, anda memerlukan antibiotik. Jangkitan bakteria tekak boleh menyebabkan komplikasi kepada jantung ataupun masalah buah pinggang jika tidak dirawat.

3. Alahan

Alahan merupakan respon tubuh badan yang sensitif terhadap alergen. Alergen boleh termasuk debu, debunga ataupun titisan hingus yang mengalir ke arah tekak daripada hidung anda.

Baca juga Makan aiskrim vanila waktu sakit tekak buat radang tak pulih, ini penjelasan doktor 

Kredit foto: Freepik

 

4. Kerengsaan daripada udara yang kering, bahan kimia ataupun asap rokok

Jika sakit tekak tersebut lebih daripada seminggu, ia mungkin disebabkan perkara lain seperti bahan yang menyebabkan kerengsaan pada bahagian tekak. Ia boleh disebabkan;

  • Asap rokok, udara persekitaran yang kering dan air selesema yang mengalir daripada hidung ke bahagian tekak boleh menyebabkan iritasi dibahagian tekak.
  • Menjerit dengan banyak juga akan menyebabkan bahagian tekak mengalami iritasi dan keradangan.
  • Bernafas melalui mulut. Perkara ini selalu berlaku ketika masa seseorang mengalami selesema dan hidung tersumbat.
  • Masalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) di mana asid daripada dalam perut akan naik ke bahagian tekak menyebabkan keradangan dibahagian tersebut.

RAWATAN SAKIT TEKAK

Sekiranya anda mempunyai sakit tekak yang tidak diketahui asal-usulnya, maka anda perlu berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.

Doktor akan bertanya soalan tentang jangka masa sakit tekak, simptom-simptom yang berkenaan dan rawatan yang pernah diambil.

Selepas itu, doktor membuat pemeriksaan pada tekak dengan visualisasi tekak anda.

Kebanyakan semasa rawatan, doktor akan nampak tekak yang kemerah-merahan kerana radang tekak.

Sesetengah masa, doktor akan mendapat sampel dari tekak anda untuk membuat kultur bagi menentukan jenis kuman jangkitan.

Hal sedemikian penting untuk menentukan keperluan antibiotik dalam rawatan anda.

Secara amnya, antibiotik akan diberikan sekiranya anda mempunyai jangkitan bakteria pada tekak anda.

Jikalau anda memerlukan ujian yang selanjutnya, anda memerlukan bantuan doktor pakar ENT (ear,nose and throat).

Jangkitan virus pada tekak anda akan sembuh sendiri dalam masa dua hingga tujuh hari.

Doktor akan memberikan nasihat supaya berehat di rumah sepenuhnya supaya sistem imun dapat melawan jangkitan.

Baca juga 5 cara atasi sakit tekak lagi-lagi cuaca yang semakin tak menentu sekarang

Sakit tekak biasa atau Covid-19, ini cara kenal pasti simptom jangkitan

PETUA -PETUA RAWATAN SAKIT TEKAK DI RUMAH

1. Kumur air garam

Air Garam boleh digunakan untuk mengurangkan kerengsaan dibahagian tekak seterusnya mengurangkan rasa sakit tekak.

Anda boleh menggunakan satu sudu garam dimasukkan ke dalam satu gelas air kosong. Kemudian kumur air tersebut dibahagian tekak.

2. Penyediaan minuman suam seperti teh dengan madu ataupun air lemon.

Ia membantu melegakan sakit tekak anda.

3. Menghisap lozenges yang membantu mengurangkan kesakitan.

4. Rehatkan tekak anda dengan mengurangkan percakapan.

5. Jikalau anda mempunyai pelembap udara.

Ia dapat membantu mengurangkan sakit tekak dengan pembekalan udara yang lembap.

6. Makanan untuk sakit tekak adalah makanan yang lembut dan senang ditelan. Contohnya bubur, oat ataupun sup.

7. Mengelakkan dari makanan yang menyebabkan batuk termasuk makanan pedas, kering dan keras.

Contohnya kari ataupun biskut kering.

PENCEGAHAN

Pencegahan sakit tekak melibatkan gaya hidup dan pengurangan pendedahan kepada jangkitan.

  1. Asingkan diri anda daripada orang yang sakit, terutamanya selsema.
  2. Jika masih perlu untuk berurusan dengan orang tersebut, sila lindungi diri anda dengan menggunakan topeng muka.
  3. Amalkan pemakanan yang sihat dan selalu lah mencuci tangan anda.
  4. Kurangkan juga penyentuhan tangan ke mata ataupun muka anda. Selain itu juga, dapatkan rehat dan minum air yang mencukupi.

Semoga membantu!

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca