Perlu buat temu janji walaupun tukar IC kalau tak nak bazirkan cuti

Perlu buat temu janji walaupun tukar IC kalau tak nak bazirkan cuti
Perlu buat temu janji walaupun tukar IC kalau tak nak bazirkan cuti
A
A
A

SEPERTI kebiasaan dan ramai sedia maklum, jika kita memerlukan perkhidmatan pergigian di klinik pergigian awam mahupun swasta kita perlu membuat janji temu terlebih dahulu. Betul tak?

Caranya mudah, kita hanya perlu menghubungi klinik pergigian terdekat melalui telefon bagi mendapatkan tarikh pemeriksaan pergigian.

Namun, korang tahu tak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bukan sahaja temu janji pemeriksaan gigi sahaja perlu dibuat, nak tukar kad pengenalan (IC) atau permohonan IC baharu juga perlu buat temu janji tau.

Jika tidak, permohonan korang mungkin akan sukar untuk diproses malahan masa juga turut terbuang dek kerana terpaksa ulang alik ke pejabat JPN dua ke tiga kali atas satu urusan sahaja.

Dah la ada dalam kalangan kita terpaksa mengambil cuti untuk selesaikan urusan-urusan seperti ini. Sayang cuti terbuang macam itu jer. Betul tak? Oleh itu SinarPlus kongsikan cara mudah untuk kita membuat temu janji bagi urusan tersebut.

Terma dan syarat permohonan online sistem MyJanjiTemu JPN adalah seperti berikut :

1.Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).

Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.

2.Permohonan janji temu boleh dibuat selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh janji temu dan tertakluk kepada kekosongan.

3. Pengguna hendaklah memilih tarikh dan slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (rujuk portal JPN bagi maklumat Operasi Pejabat ).

4. Pemohon perlu berada di pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat.

5.Pengguna hendaklah memilih tarikh dan slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri.

Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2020. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.

6.Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu.

Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan

7.Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.

8.Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPP Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa.

Untuk maklumat lanjut korang juga boleh layari https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca