JIKA sebelum ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah melaksanakan perkhidmatan gantian MyKad rosak secara atas talian, kini satu lagi kemudahan disediakan organisasi itu untuk pelangganya.

Dengan slogan “Anda telefon – Kami proses – Anda dapat”, JPN hari ini mengumumkan orang ramai kini boleh memohon gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan talian telefon.

Sudah tentu ianya sangat memberi kebaikan buat semua dan permudahkan sesiapa yang ingin membuat urusan permohonan gantian MyKad rosak.

Syarat-syarat permohonan untuk perkhidmatan MyPhone-In JPN adalah seperti berikut:

  • Gantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja.
  • Bayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad).
  • Hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja.
  • Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja.
  • Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar.
  • Caj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.

Untuk membuat gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila buat panggilan ke talian berikut:

  • Talian Hotline MyPhone-In: 03-8880 8066
  • Waktu Operasi ; Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang
  • Waktu Rehat;
  •  Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang
  • Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang

Permohonan gantian MyKad rosak kini melalui perkhidmatan talian telefon

Selain itu, untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/ atau boleh menghubungi 03-8000 8000.

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima pelanggan yang telah mempunyai temujanji sahaja.

Iklan

Jadi seeloknya semak dahulu dengan Pegawai Perhubungan JPN berkaitan temujanji ini.

Permohonan janji temu online boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada myjanjitemu@jpn.gov.my.

Iklan

Syukur ada cara lagi mudah kan! Boleh jimatkan masa dan tenaga tanpa perlu beratur untuk perkhidmatan yang boleh dilakukan melalui telefon.